Berdasarkan
dua
buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu teknik
plot yang digunakan berserta contoh dalam setiap novel.
Dua buah novel yang telah saya kaji
ialah Papa, karya Deana Yusof dan Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain.
Beberapa teknik plot telah digunakan oleh pengarang masing-masing untuk
menghasilkan novel yang lebih menarik.
Dalam novel Papa, teknik plot
saspens telah digunakan oleh pengarang. Saspens bermaksud seseorang pembaca itu
berada dalam keadaan tertanya-tanya atau ingin tahu akan lanjutan peristiwa
berkenaan. Contohnya, pembaca tertanya-tanya dalam novel Papa akan nasib yang
akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa dia perlu
menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.
Dalam novel Konserto Terakhir pula
terdapat teknik plot imbas kembali. Imbas sekali ialah lintasan-lintasan dan
bayangan atau ingatan watak-watak terhadap sesuatu yang telah terjadi atau yang
telah dialami. Contohnya, semasa Datuk Johari menemui Hilmi di bilik yang
diberikan kepadanya, Datuk Johari telah bertanya tentang masa Hilmi bertolak
dari kampung. Hilmi menceritakannya dan pada masa yang sama Datuk Johari
teringat kisahnya dahulu yang pernah berlaku di kampung tersebut iaitu
melarikan diri selepas perkahwinannya dengan seorang gadis kampung.
Teknik
Plot Novel Papa
- Dialog – pertuturan / perbualan antara watak dalam novel. Contoh: perbualan Jeffri dengan Rasylan tentang latar belakang Rasylan. Rasylan memberitahu Jeffri bahawa dia merupakan anak angkat Datuk Mustakim yang diambil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Monolog – tutur kata atau pengucapan oleh watak secara sendirian. Contoh: Jeffri berkata kepada isterinya, Intan Maliana yang sedang koma bahawa Intan Julia telah mendapat keputusan SPM yang baik dan dia hendak memohon kemasukan ke matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
Oleh: Lee Slyvia (5W)
No comments:
Post a Comment