Saturday, September 8, 2012

Soalan 15 – NILAI MURNI


Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.


        Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Konserto Terakhir hasil karya Abdullah Hussain, terdapat beberapa nilai murni yang dapat diperoleh dalam novel tersebut.

          Antara nilai murni yang terdapat dalam novel termasuklah nilai kasih sayang. Contohnya, walaupun Pak Long Karim mengetahui Hilmi bukan anak kandungnya, dia tetap memeliharanya dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri. Dia hanya meminta Hilmi supaya pergi ke Kuala Lumpur untuk berdikari dan mencari pekerjaan di sana.

          Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan. Nilai keikhlasan dapat dilihat dalam watak Hilmi. Misalnya, Hilmi bekerja dengan bersungguh-sungguh sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari walaupun gaji yang dibayar hanya dua puluh ringgit sebulan, sedangkan Dr. Nathan sanggup memberi gaji yang lebih tinggi jika dia menjadi tukang kebunnya.

          Di samping itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Nilai bertanggungjawab dapat dilihat dalam watak Hilmi. Buktinya, Hilmi menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada Encik Bakar yang menjadi pemimpin ‘quartet’ di kelab malam Hotel Titiwangsa. Walaupun dia terlalu ingin untuk menghantar Hayati ke lapangan terbang namun niatnya itu diabaikan kerana dia bermain muzik pada malam itu. Malah, dia pergi ke tempat kerjanya sebaik sahaja selesai pertemuan dengan Hayati di kebun bunga pada malam Hayati hendak ke London.


Novel Papa

1.     Nilai berdikari - Contohnya, Julia memilih untuk tinggal di kolej Pusat Matrikulasi UIA kerana tidak mahu menyusahkan keluarganya.

2.     Nilai kesabaran - Contohnya, Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya koma dan kedua-dua bayinya meninggal dunia.

3.     Nilai ketaatan - Contohnya, Julia taat kepada perintah papa dan mamanya. Dalam novel ini turut dipaparkan Intan Julia menunaikan solat seperti yang dituntut oleh agama.

Oleh : James Low (5P)

No comments:

Post a Comment