Biasanya
pelbagai emosi dirasai pembaca semasa menikmati sesebuah novel. Huraikan dua
macam perasaan anda setelah membaca salah sebuah
daripada novel yang tersenarai.
Novel yang saya
kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Novel ini
mengisahkan seseorang pemuda kampung iaitu Hilmi yang telah ke bandar untuk
mencari kerja dan akhirnya telah menjadi seorang pemain muzik yang berjaya.
Pengarang telah merakamkan peristiwa-peristiwa yang dialami oleh Hilmi dan
perasaan watak-watak yang terdapat dalam novel dengan sebaik-baiknya. Pembaca
dapat merasakan pelbagai emosi ketika menikmati novel ini.
Sebagai pembaca, saya
telah berasa kecewa akan layanan
Datuk Johari dan Datin Salmah kepada Hilmi sewaktu dia tinggal di rumah mereka.
Sejak mengetahui bahawa Hilmi merupakan pemuda dari kampung yang hanya belajar
sehingga darjah empat di sekolah Melayu sahaja, Datin Salmah tidak menyukai
Hilmi. Dia asyik menghina dan mengejek Hilmi. Contohnya, apabila Hilmi
mengatakan kesanggupannya untuk bekerja sebagai kuli, Datin Salmah telah
mengejeknya. Walaupun Datuk Johari tidak menghina Hilmi namun dia kurang
membantu Hilmi dan berasa malu akan hubungannya dengan Hilmi. Datuk Johari malu untuk menerangkan kepada
orang lain bahawa Hilmi yang bekerja sebagai tukang kebunnya merupakan anak
saudaranya. Layanan Datuk Johari dan Datin Salmah memang mengecewakan saya kerana
mereka menunjukkan bahawa mereka sungguh mementingkan kedudukan atau status seseorang.
Selain itu, saya
telah berasa gembira akan kejayaan
Hilmi sebagai pemain muzik. Setelah banyak mengharungi cabaran, Hilmi akhirnya
telah menjadi pemain muzik terkenal dalam negara dan pernah memberikan
persembahan di Festival Muzik di Tokyo. Sepanjang penglibatannya dalam dunia
muzik, banyak orang telah mendorong dan membantunya termasuklah Hayati, Mamat,
Encik Bakar dan lain-lain lagi. Tamsilnya, Encik Bakar telah mengajar Hilmi
secara percuma selepas mengetahui bahawa Hilmi mempunyai bakat dalam muzik.
Hilmi juga telah banyak berusaha sehingga berjaya menggubah beberapa lagu yang
diminati ramai dan diberi peluang untuk memimpin Hilmi Potpouri. Usaha diri sendiri
dan bantuan orang lain telah menghasilkan kejayaan Hilmi sebagai pemain muzik
terkenal. Kesemua ini menimbulkan perasaan gembira dalam pembaca apabila
melihat kejayaan Hilmi yang begitu menggembirakan.
Tingkatan 4
P1: Novel Papa –
karya Deana Yusof – kisah hidup Intan Julia
P2: Perasaan marah – ayah Intan Julia, Jeffri –
mengahwini Aisyah – tidak mempedulikan perasaan Julia – mementingkan diri sendiri
– Intan Maliana – koma
Oleh : Foo Charmane (5W)
No comments:
Post a Comment