(a) Jelaskan dua peristiwa yang berkaitan dengan
konflik yang terdapat dalam sebuah
novel yang telah anda kaji.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir
karya Abdullah Hussain. Dalam novel Konserto Terakhir, terdapat beberapa
peristiwa yang menunjukkan konflik.
Antara peristiwa yang berkaitan dengan konflik ialah
peristiwa Hilmi menjaga rumah Datuk Johari semasa Datuk Johari dan keluarganya
tiada di rumah. Hilmi cuba bermain dengan piano Hayati tetapi telah merosakkannya
apabila dikejutkan oleh Mak Minah. Semasa Hayati ingin memainkan lagu ‘Blue
Danube’, bunyi pianonya telah sumbang dan merajuk. Datin Salmah marah dan Mak Minah
memberitahu Datin Salmah bahawa Hilmi yang bermain piano itu. Sebagai akibatnya,
Hilmi telah dimarahi oleh Datin Salmah. Datuk Johari memaafkan Hilmi tetapi
gaji Hilmi ditolak untuk membiayai kos pembaikian piano Hayati.
Selain itu, peristiwa Hilmi balik lewat ke rumah juga
merupakan peristiwa yang menimbulkan konflik. Hilmi pulang lewat kerana dia
terlalu asyik belajar bermain piano di rumah Encik Bakar. Tanpa disedarinya
hari sudah malam. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah kerana ayam Hilmi berkeliaran
di dalam rumah dan memalukannya di hadapan tetamunya. Sebagai hukumannya, Datin
Salmah melarang Mak Minah daripada memberi Hilmi makanan.
Konflik
Novel Papa
1.
Intan
Julia dengan Jeffri ( Rasylan)
Jeffri~ menghalang
Julia berjumpa dengan Rasylan~dendam terhadap ayah Rasylan~kemalangan ibu
bapanya~melarikan diri~Julia marah
2.
Julia
dengan Jeffri dan Aisyah
Jeffri~berjumpa dengan
Aisyah~dilihat oleh Julia~menganggap curang~ibunya yang koma~ditampar~menangis
(b) Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda kaji,
huraikan satu
peristiwa
yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap masalah yang
dihadapi oleh pihak lain.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir,
karya Abdullah Hussain dan novel Papa, karya Deana Yusof. Beberapa watak dalam
novel tersebut telah menunjukkan keprihatinan terhadap masalah watak lain. Terdapat
beberapa peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang prihatin terhadap
masalah yang dihadapi oleh pihak lain.
Antara peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang
prihatin dalam novel Konserto Terakhir termasuklah peristiwa Dr. Nathan memberikan
tanah kepada Hilmi apabila Hilmi bertanya tentang tanah hitam yang berlonggok
di halaman rumahnya. Dr. Nathan bukan sahaja enggan menerima wang Datuk Johari,
malah dia sendiri datang ke rumah Datuk Johari untuk memuji kerajinan Hilmi dan
mencadangkan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah supaya memberikan gaji yang
tinggi kepada Hilmi atas kerajinannya. Hal ini telah menunjukkan keprihatinan
Dr.Nathan terhadap Hilmi.
Manakala dalam novel Papa pula, peristiwa Cikgu Suzie
berbual dengan Intan Maliana juga menunjukkan masyarakat yang prihatin. Cikgu
Suzie menunjukkan keprihatinannya terhadap Intan Maliana apabila dia menasihati
Intan Maliana supaya tidak mengandung lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana
Cikgu Suzie mengetahui peristiwa komplikasi semasa Intan Maliana melahirkan
Julia dan tidak menginginkan rakannya itu mengalami masalah yang sama.
Demikianlah peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat
prihatin dalam novel Papa dan Konserto Terakhir.
Oleh: Benny Lim (5P)
No comments:
Post a Comment