Tuesday, September 11, 2012

KEMATANGAN HURAIAN KARANGAN

A) REMAJA

1. Siapakah remaja?

Dari sudut perkembangan fizikal remaja boleh dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu masa awal remaja yakni umur antara 13 hingga 18 tahun
dan masa akhir remaja iaitu berumur antara 18 hingga 24 tahun.

2. Pengaruh media massa 

- Menurut teori komunikasi terkenal, Magic Bullet Theory yang
diperkenalkan Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya 
mengandaikan bahawa televisyen memberikan kesan negatif  
kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru 
dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat,
sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.

 -  FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia)  mendedahkan kajian yang
dibuat pada 2005 yang  membabitkan penggunaan peralatan berskrin
seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan
muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka dengan
menonton.



 3.  Jenayah remaja & gejala sosial

- Menurut mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan,
 statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kes jenayah 
bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain
yang melibatkan golongan remaja. Malahan, jumlah tangkapan 
pelajar berumur antara 13  hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan.

- Kajian  yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun 
masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan 
turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas 
daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga 
dan rakan selain pengaruh ajakan rakan-rakan.


4. Ponteng sekolah

 - Seorang Pengarah Pelajaran di sebuah negeri membuat kenyataan  bahawa separuh  daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat.

- Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah 
ponteng sekolah, hanya 10  orang pelajar yang menyatakan bahawa  mereka bosan dengan cara pengajaran guru. 

 
B) KELUARGA

1. Amalan menabung

- Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah bank terkemuka 
mendapati hanya dua bagi setiap lima  individu atau 39 peratus 
rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung.


2. Kecemerlangan anak
 
- Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan 
keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina 
yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 
17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003.
 Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah 
keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh 
sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau.
   
- Mengikut Shaverand & Walls (1998) dan Epstein (2001) /
sarjana Barat, penglibatan ibu bapa bukan sahaja hanya di sekolah 
malahan ibu bapa perlu melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak di rumah.

- Kajian terdahulu mendapati bahawakeluarga yang mengamalkan komunikasi sihat di dalam rumah bukan sahaja dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan malahan membantu anak-anak meningkatkan perkembangan diri dan emosi anak-anak dan pencapaian anak-anak dalam pelajaran (Cooper, Robinson & Patall 2006).

3. Institusi Kekeluargaan

Menurut statistik Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, setiap 15
 minit akan berlaku satu perceraian. Perangkaan ini menunjukkan 
betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di Malaysia  dan keadaan ini 
dapat disinonimkan bagai telur di hujung tanduk.

 - Hanya 35.6 peratus sahaja remaja yang lari dari rumah datang 
dari keluarga yang bercerai-berai manakala 22.2 peratus remaja 
mempunyai bapa yang berpoligami

- Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan
masalah sosial remaja atau hampir 50 peratus berpunca daripada
keluarga yang konflik.


4. Membaca

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan

- Kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua 
buah buku pada 2005  kepada lapan hingga 12 buah buku setahun 
pada 2010

Kadar membaca rakyat di Jepun yang tinggi iaitu purata 40 buah 
buku setahun menunjukkan pengetahuan dan kemajuan mereka 
lebih baik.



1 comment:

  1. Terima kasih cikgu atas maklumat ini yang mampu memaparkan kematangan huraian esei.

    ReplyDelete