Monday, August 17, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 1



(1)           CERPEN IBU DAN CEPER

Petikan 1
 Ibu tidak lagi cergas………..Aku masih ingat waktu itu… (m.s102)

i.      Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti-henti. [2m]
Kesan-kesan yang terjadi:
- air sungai menjadi keruh macam air susu
- sampah sarap dipunggah bersama
- menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya
- memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata
- pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja

ii.     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi? [3m]
Pada pendpat saya - Langkah-langkah:
• membina tebatan / benteng / penghadang banjir
• mendalamkan dasar sungai / melebarkan sungai yang berdekatan
• membina pintu air / kunci air 
• membina sistem saliran / perparitan
• membersihkan sungai daripada sampah sarap

iii.      Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Persoalan dalam petikan:
-         Kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam.
Cth: Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah.
-         Ketabahan menghadapi rintangan hidup.
Cth: Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa-apa sahaja ujian atau cabaran pada siang hari 

Persoalan dalam cerpen;
-         Kepentingan air dalam kehidupan.
Cth: Ibu dan penduduk kampung menggunakan air sungai Ceper untuk kegunaan seharian dan mengairi sawah.

-         Kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Cth: Penduduk kampung membuang sampah sarap ke dalam sungai Ceper menyebabkan sungai tersebut tercemar. 

-         Kasih sayang dalam keluarga.
Cth: Aku menjaga ibu ketika ibu sakit dan tidak boleh bergerak

----------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan 2
Ceper masih keruh airnya……Waktu bapa meninggal tidak pula….(m.s.107)

i.          Gambarkan situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal dunia. [2m]
Situasi sungai Ceper selepas ibu meninggal dunia:
• sungai Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi.
• tebing sungai tidak ditendang lagi
• lubuk-lubuk sungai tidak dikorek lagi
• arus sungai begitu lambat bergerak ke kuala
• dipenuhi dengan serbaneka serdak (sampah sarap)

ii.      Banyak sungai mengalami pencemaran sebagai akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di negara ini? [3m]
 Pada pendapat saya – langkah-langkah:
• penguatkuasaan undang-undang dengan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang mencemarkan sungai
• pemasangan perangkap sampah di kawasan sungai / menggunakan bola lumpur untuk mengurangkan pencemaran..
• kempen kesedaran tentang kesan buruk pencemaran sungai
• menjadikan sungai sebagai sungai angkat kepada penduduk

iii.       Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Pengajaran dalam petikan
• Kita hendaklah memelihara dan memulihara sungai.
Cth: Sungai Ceper tercemar dengan teruk akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.

• Kita hendaklah menyayangi bapa kita.
Cth: ‘Aku’ menjaga bapa ketika bapa sakit.

Pengajaran lain yang tidak terdapat dalam petikan
• Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga.
Cth: Sebagai anak “aku” bertanggungjawab menjaga dan menyara kehidupan ibu dan bapa apabila mereka sudah tidak berdaya.

• Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.
Cth: – Bapa seharusnya mengetahui tanggungjawabnya sebagai suami dengan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab

• Kita mestilah berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Cth: “Aku” mencuci najis ibu ketika ibu lumpuh dan tidak mampu bergerak.

• Kita janganlah membuang masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah
Cth: Bapa asyik berdenak ketitir (memikat burung ketitir) walaupun ketika banjir besar melanda.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan 3
Bapa tidak dapat ampu ibu lagi….Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu,…(m.s.106)

i.          Mengapakah aku berasa menyesal dan memohon ampun daripada ibu? [2m]
Sebab aku berasa menyesal:
... kerana aku menjelit knat sedikit sewaktu ibu sedang berak.
... kerana aku melihat pipi ibu basah kerana air mata meleleb turun akibat tersinggung dengan nada suam aku yang agak tinggi.

ii.     Sebagai seorang anak, apakah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan terhadap ibu bapa? Nyatakan tiga tanggungjawah tersebut. [3m]
Tiga tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa:
... memeliham / menjaga ibu bapa ketika mereka tua / sakit.
... menjaga hati dan perasaan mereka I tidak menyinggung perasaan ibu dan bapa.
.. senliasa menziarahi/melawat ibu bapa sekiranya kita tinggal berasingan / berjauhan.
...  sentiasa menghubungi/bertanya khabar ibu dan bapa.
... sentiasa menggembirakan hati ibu dan bapa.

 iii.    Huraikan satu pengajaran yang terkandung dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain berdasarkan keseluruhan cerpen tersebut.
Pengajaran dalam petikan:
... Sebagai seorang anak, kita bendaklab menunaikan tanggungjawab menjaga ibu yang uzur / sakit,
Cth:  ‘Aku’ dan isterinya bersama-sama menjaga ibu yang lumpuh.

... Kita janganlab sesekaJi meninggikan suara terhadap ibu atau bapa / kita janganlah sesekali menyinggung perasaan ibu dan bapa.
Cth:  ‘Aku’ telab menjerit kuat sedikit sewaktu mengampu ibn yang sedang berak.

Pengajaran dalam cerpen:
... Kita perlulah menjaga dan memelihara alam sekitar daripada musnab.
Cth:  Sungai Ceper musnab akibat pencemaran dan pembuangan sampah sarap oleh masyarakat.

... Kita hendakJab bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang melanda.
Cth: Ibu terus bersawab walaupun ditimpa pelbagai hencana yang disebabkan oleh Ceper itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Contoh soalan dan jawapan KBAT

1.     Sekiranya anda berada di tempat penulis, apakah perasaan anda setelah melihat ibu anda mengalirkan air mata?
-         rasa sentuh hati dan sebak
-         rasa penyesalan yang amat dalam
-         insaf akan kesilapan diri
-         ingin memohon maaf sebanyak-banyaknya daripada ibu atas keterlanjuran yang 
          mengguris hatinya.


2.     Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya pencemaran sungai di Malaysia?
Pencemaran sungai berlaku di Malaysia kerana:
-   Penduduk tempatan membuang air kumbahan, najis dan sampah sarap ke dalam sungai.
-  Kilang-kilang membuang sisa-sisa toksik dan bahan-bahan buangan industri ke dalam sungai.
-   Pembalakan menyebabkan permukaan tanah gondol dan sungai berkeladak.

3.  Pada pendapat anda, wajarkah ibu ‘aku’ menjerit dan memarahi ayah ‘aku’? Berikan tiga alasan anda.
·        Ya, kerana:
-     Bapa ‘aku’ tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
-     Bapa ‘aku’ lebih mengutamakan hobinya mendenak ketitir daripada menyelesaikan masalah tanaman padi yang ditenggelami air.
-     Bapa ‘aku’ tidak mengendahkan masalah besar yang menimpa tanaman padi mereka

4. Sebagai seorang anak, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan hati seorang ibu yang berhadapan dengan situasi seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas. (3m)
-         Berjaya dalam pelajaran
-         Memujuk ibu supaya bersabar menghadapi ujian Tuhan
-         Patuh kepada arahan dan nasihatnya.
-         Membantunya ketika ada masa lapang
-         Tidak mengabaikan ibu ketika usia tuanya.

5.   Sekiranya anda ‘aku’, jelaskan tindakan anda untuk memulihkan keadaan Sungai Ceper.
Sekiranya saya ‘aku’, saya akan mencadangkan aktiviti gotong-royong membersihkan Sungai Ceper kepada penduduk untuk  memulihkan keadaan sungai tersebut. Selain itu, saya juga akan meminta pihak berkuasa untuk meletakkan papan amaran supaya tidak menbuang sampah ke dalam sungai untuk mengingatkan penduduk supaya tidak mencemarkan Sungai Ceper. Saya juga akan melaporkan perbuatan mencemarkan Sungai Ceper yang dilakukan oleh sesiapa sahaja kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang setimpal dapat dikenakan untuk menjaga kebersihan Sungai Ceper.

6.  Ibu merupakan contoh orang kampung yang rajin. Berikan tiga sebab orang kampung terpaksa bekerja keras memanfaatkan masa yang terluang.
Orang kampung bekerja keras kerana jika tidak nasib mereka akan berubah atau kekal di paras kemiskinan. Selain itu, persekitaran tempat tinggal telah membuka minda mereka untuk mempelbagaikan kemahiran bagi mendapatkan punca pendapatan. Akhir sekali, didikan keluarga mereka sebelum ini yang meyakinkan mereka bahawa alam yang terbentang luas merupakan rezeki anugerah Allah yang boleh diraih, asalkan sahaja rajin berusaha.

7.  Pada pendapat anda, mengapakah golongan petani sering dikaitkan dengan kemiskinan? Berikan tiga pendapat.
Saya berpendapat:
•    Kebanyakan petani mengusahakan tanaman secara kecil-kecilan
    Menggunakan alatan tradisional untuk bercucuk tanam
   Ancaman musuh tanaman dan faktor alam sekitar selalu menjejaskan  
      pendapatan petani.

8.   Sekiranya rumah jiran anda dinaiki air, apakah usaha anda untuk membantu jiran anda itu?
Usaha saya ialah:
•    Menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara itu
    Membantu jiran saya berpindsah ke pusat pemindahan
   Memberikan bantuan sama ada makanan atau pakaian mengikut
       kemampuan.

9.  Pada pendapat anda, apakah langkah yang dapat dilakukan untuk mngelakkan Sunagi Ceper daripada banjir?
Pada pendapat saya, penduduk kampung perlu membersihkan sampah sarap. Sesudah itu, pihak kerajaan wajar menggali bagi memperdalam Sungai Ceper supaya air mengalir dengan lancar menuju ke laut dan banjir kilat tidak berlaku apabila hujan lebat. Kiri dan kanan sungai juga perlu ditebas supaya tidak ada sampah sarap yang memenuhi kembali sungai.

10.    Pada pendapat anda, mengapakah banyak sungai di negara ini tercemar?
-         masyarakat membuang sampah sarap ke dalam sungai
-         penerokaan hutan yang berleluasa untuk aktiviti pertanian dan penempatan
-         aktiviti pembalakan haram

11.       Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk   
       menghadapi musim  kemarau?
            - berjimat cermat menggunakan air
             -sentiasa menyimpan air
 - membina empangan yang lebih besar

Saturday, May 9, 2015

RANGKA ISI KARANGAN DAN UNGKAPAN / FRASA MENARIK




1.      PERANAN REMAJA UNTUK MEMBANGUNKAN NEGARA:
(i)     Belajar bersungguh-sungguh
-          Ilmu pelita hidup
-          Hadis Nabi : Tuntutlah ilmu hingga liang lahad.
-    Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan
(ii)   Memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik
-          Badan cergas otak cerdas
-      Petikan hadis, jagalah masa sihat kamu sebelum datang masa sakit jelas menunjukkan betapa pentingnya kesihatan sebagai aset yang paling berharga kepada manusia.
(iii) Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
-    mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan kesusilaan
-     tidak terbabas dari landasan yang benar lalu terjerumus ke dalam lembah laknatullah, seperti berjinak-jinak dengan najis dadah, yang menghancurkan wawasan negara, iaitu Wawasan 2020
-          di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(iv)    Berfikiran kreatif dan inovatif
-          tidak berfikiran seperti Mat Jenin /angan-angan Mat Jenin
-          memacu pembangunan negara sehingga mampu menjulang nama negara ke pentas global
(v)      Bersemangat patriotik
-          hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
-          mempunyai prinsip biar putih tulang, jangan putih mata


2.      CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
(i)     Memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
-    Jika di daratan akan menjadi pokok, dan jika dicampak ke laut akan menjadi pulau. Begitulah diibaratkan orang yang berilmu dan ciri-ciri inilah yang amat dititikberatkan untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan dan berfikiran luas.
-          tidak bersikap ‘seperti katak di bawah tempurung’
  (ii)   Berfikiran kreatif dan inovatif
-          tidak berfikiran seperti Mat Jenin /angan-angan Mat Jenin
-          memacu pembangunan negara sehingga mampu menjulang nama negara ke pentas global
(iii) Berdaya saing yang tinggi
-          genggam bara api biar sampai jadi arang
-          di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(iv) Bersemangat patriotik
-          hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
-          mempunyai prinsip biar putih tulang, jangan putih mata
(v)   Mempunyai disiplin diri yang tinggi
-          disiplin masa - masa itu emas
-      disiplin diri dengan tidak terlibat dalam kancah negatif – sampah masyarakat / sentiasa mematuhi peraturan negara – di mana bumi dipijak, di situ dijunjung


3.      LANGKAH MENANGANI KEKECEWAAN / TEKANAN
(i)     Mendekatkan diri kepada Tuhan
-          Sesungguhnya, sembahyang memberikan ketenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata
-          Solat dapat mencegah perkara-perkara mungkar
(ii)   Berbincang dengan orang yang dipercayai
-          ibu bapa – lebih dahulu makan garam
-          kaunselor – hanya jauhari mengenal manikam
(iii) Bersukan dan beriadah
-          badan cergas otak cerdas
(iv) Melancong
-          jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman
(v)   Berfikiran positif dan rasional
-          bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora
-          setiap penyakit pasti ada penawarnya


4.      USAHA MASYARAKAT MENANGANI GEJALA SOSIAL
(i)     Melaporkan kegiatan gejala sosial kepada pihak berkuasa dengan segera
-          menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa
-          bertindak sebelum masalah ini menjadi duri dalam daging
-          mengamalkan sikap menjaga tepi kain orang untuk kemaslahatan umum
(ii)   Mengadakan kempen kesedaran tentang kebahayaan gejala sosial dan kempen pembanterasan gejala sosial dengan efektif
-          mengadakan kempen dengan berterusan iaitu secara berketiak ular dan bukannya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam
(iii) Memberikan didikan agama secara kolektif
-          Benarlah kata ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
(iv) Mendampingi remaja yang bermasalah dan sentiasa memberikan nasihat
-          menepati mutiara kata cendekiawan Wellington, “Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”.
(v)   Mengadakan pelbagai aktiviti remaja yang menarik
-          mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah kerana masa itu emas
-          melahirkan generasi yang sihat lalu mampu memacu pembangunan negara kerana badan sihat otak cerdas

5.      AMALAN BERJIMAT CERMAT (LANGKAH IBU BAPA)
(i)     Membudayakan amalan menabung
-          sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
(ii)   Merancang perbelanjaan
-          beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
-          ukur baju di badan sendiri
(iii) Menggalakkan pembelian barangan tempatan
-          hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negeri sendiri
(iv) Melancong dalam negara
-          mengeratkan hubungan silaturahim bagai isi dengan kuku
(v)   Menjalankan aktiviti bertani bersama keluarga
-          menjamin kesihatan fizikal dan mental yang baik kerana badan sihat otak cerdas

6.      PERANAN IBU BAPA UNTUK MENANGANI KEGAWATAN EKONOMI
(Sama seperti no.5)

7.         USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA
(i)     Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan perlu meningkatkan mutu prasarana negara yang bertaraf kelas pertama
-          supaya infrastruktur negara dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain
(ii)   Kementerian Penerangan dengan kerjasama pihak media perlu mengadakan kempen melawat Malaysia dengan efektif
-          mengadakan kempen dengan berterusan iaitu secara berketiak ular dan bukannya bermusim atau hangat-hangat tahi ayam
(iii) Rakyat perlu bersikap ramah mesra
-          mengamalkan konsep budi bahasa budaya kita
(iv) Syarikat-syarikat pelancongan perlu mengadakan promosi yang hebat dan berpatutan
-          tempat tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di kali
(v)   Ibu bapa dan pihak sekolah perlu menggalakkan aktiviti melancong dalam negara
-          hujan emas di negari orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

8.      KEPENTINGAN INDUSTRI PELANCONGAN KEPADA NEGARA
(i)     Dapat menjana pendapatan negara
-          duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain
(ii)   Dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia
-          sentiasa meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
-          tak kenal maka tak cinta
(iii) Dapat memajukan industri negara dan industri desa
-          bagai cendawan tumbuh selepas hujan
-          rakyat desa tidak lagi hidup dengan kais pagi makan pagi kais petang makan petang
(iv) Dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada rakyat asing
-          agar budaya Malaysia tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
(v)   Dapat meningkatkan penguasaan bahasa asing dalam kalangan rakyat tempatan

9.      KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA
(i)     dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita
-          bersatu teguh bercerai roboh
(ii)   dapat melahirkan masyakrakat yang lebih bertamadun
(iii) akan mempamerkan nilai-nilai yang positif
-          tolong-menolong bagai aur dengan tebing
-          orang berbudi kita berbahasa
(iv) pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan
(v)    negara kita akan terkenal di persada dunia
-          duduk sama rendah berdiri sama tinggi
(vi) mengurangkan gejala sosial dan jenayah di negara kita

10.  PERANAN KELUARGA UNTUK MEMUPUK SIFAT KEPIMPINAN DALAM DIRI REMAJA
(i)     Menjadi entiti mithali
-          bagaimana acuan begitulah kuihnya / ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
(ii)   Menggalakkan remaja menyertai program negara (PLKN) dan komuniti
(iii) Menggalakkan remaja menjawat jawatan penting dalam aktiviti kokurikuluum
(iv)  Membelikan bahan bacaan tentang tokoh-tokoh pemimpin tempatan dan dunia
-          Membaca jambatan ilmu
(v)    Memberikan didikan agama
-          Benarlah kata ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein  yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Memantau pergerakan dan pergaulan sosial remaja