Pendahuluan:
•Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
•Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
•Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
•Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
•Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.
•Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
•Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
•Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
•Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
•Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.
•Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku
Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam
kehidupan seseorang.
•Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan
warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin
akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga
yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua
perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang
penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna
dalam kalangan ahli keluarga itu.
•Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu
bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling
memahami serta saling menghormati antara mereka. Apabila sifat ini dapat
diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni
akan dapat diwujudkan.
Persoalannya………………..
Isi
1. Sebagai
suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga
sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada
anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi
oleh anak-anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi
dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga
perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat
keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu
apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa
kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami
terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak,
tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga
akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini
terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di
rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya
daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli
belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga
kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah
diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
2.Melengkapkan
diri dengan ilmu keibubapaan
-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas
bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa
dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin
yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus
tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang
bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh
penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara
yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah
rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.
3.Memberikan
perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa
-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit
ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan
taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang
semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90
peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat
minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak
merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya
daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak
yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh
itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju
kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti
bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu
sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada
para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa
merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda
setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi
bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di
samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya
masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil
kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan
4.
Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan
generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang
bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat
membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan
melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas
membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini
akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami
isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga
daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
5.Mengawasi
perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau
kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung,
darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus
memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak.
Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak
tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi
daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke
muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang
dikecapi
6. Setiap
ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.
-Ahli keluarga sewajarnya
mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya antara ibu bapa
dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini
dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai
orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman
dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,mereka
haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita
dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang
hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya
dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek Matematik,haruslah
dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap
yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang
rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah
mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita
haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"
dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli
keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah
institusi keluarga itu menjadi keluarga
Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama
👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDeletetq admin
ReplyDeleteWooow..nice😍
ReplyDeleteGood luck spm
ReplyDelete