TAJUK 1 : KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN
RANGKA ISI:
- mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
- mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.
- mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.
- menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
- memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.
- membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.
- membantu menjayakan projek masyarakat setempat.
- mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.
- menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara jiran.
- menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.
- membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan kejiranan.
- memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lain-lain.
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang
mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa
ibarat peribahasa seikat bak
sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran di kawasan bandar
ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan
berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jiran boleh
ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita
bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan berjiran dalam
kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin sirna
ibarat hidup segan mati tak mahu.
Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini lebih
cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik dan bersilengah. Mereka
ini tidak menyedari akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam kehidupan
hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang
minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada individu, masyarakat
dan negara?
Salah satu signifikan hidup berjiran ialah semangat
kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat dapat dipupuk.
Semangat kerjasama amat penting dalam kehidupan berkomuniti untuk mewujudkan
kehidupan yang harmoni dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa
kerjasama antara satu sama lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak
dapat diselesaikan dengan mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan
anggota masyarakat secara holistik dalam menjayakan aktiviti
yang dilaksanakan di kawasan perumahan mereka. Kerjasama
ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai
aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan
dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Menurut laporan majalah “The Times” di Australia,
kegiatan gotong -royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara yang
terbaik di dunia. Impaknya, dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan
paradigma bukan sahaja kepada kawasan perumahan malah kepada kesihatan
anggota masyarakat itu sekali. Hal ini kerana dengan mengadakan aktiviti
gotong-royong kawasan perumahan bukan sahaja akan kelihatan kemas bahkan juga
membawa kebaikan kepada kesihatan masyarakat itu sendiri. Tegasnya, sikap
kerjasama dapat dipupuk melalui kehidupan berjiran dan seterusnya dapat
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu, hidup berjiran juga penting
kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini kerana apabila setiap
rakyat hidup berjiran maka secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi
Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang menekankan
semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama sebeginilah
sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan dalam institusi
masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh persis peribahasa Melayu,
‘ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’. Contoh pendekatan
yang boleh diambil untuk memupuk semangat perpaduan dan bersatu padu dalam
kalangan rakyat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
semua kaum dalam pada masa yang sama seperti mengadakan “Rumah Terbuka
Kebangsaan” bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui pengimplimentasian
program ini, semangat kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang
berbilang kaum ini agar boleh meluaskan horizon pemikiran dek kerana
berpeluang mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat diterapkan dengan nilai
saling menghormati, bertolenrasi dan saling menyayangi antara satu sama
lain. Secara tidak langsung, tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah
hitam negara di mana berlaku perbalahan antara kaum di Malaysia sehingga
mengakibatkan rakyat huru-hara dan negara kucar-kacir hanya akan berada dalam
kotak memori sahaja, dan bukan untuk diulangi lagi kelak. Ringkasnya, hidup
berjiran mampu membentuk masyarakat berbilang kaum yang stabil dari segi spiritual
serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah
kegemilangan.
Di samping itu, hidup berjiran juga penting kepada negara
kerana dapat memudahkan kerajaan
melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat.
Slogan ’Negara Maju Rakyat Sihat’
menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar
tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana
yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di
seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan
saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan
infrastruktur
di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif kehidupan berjiran dan
perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat
tinggal. Kesannya, bukan sahaja masyarakat akan menikmati pelbagai keselesaan yang disediakan bahkan juga masyarakat akan
pembangunan modal insan yang seimbang dapat dicapai. Situasi ini dapat
dikatakan sambil menyelam minum air. Jelaslah bahawa kehiduppan berjiran penting
bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati
pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sekali gus membantu
kerajaan melaksanakan pembagai program rakyat.
Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen
penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat
yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling
mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang.
Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai
patriotisme dapat diimplimentasikan seperti mengibarkan jalur gemilang, mengadakan
pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan
dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling
jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan
pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan
penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia
membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi
melonjakkan
Malaysia di persada antarabangsa. Ringkasnya, anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat
cinta akan negara dapat dilahirkan melalui kehidupan berjiran.
Dari sudut yang berbeza, hidup berjiran yang wujud dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan.
Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan
kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang
menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya,
perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya
ketika musim perayaan besar dan mampu memikat hati barisan pemimpin dunia untuk
mempelajari formula Malaysia dalam mengekalkan perpaduan antara rakyat seperti
yang diutarakan Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Presscott suatu
ketika dahulu. Sebagai contohnya, pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka
dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang
kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut
. Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program ’Homestay’ atau
Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan kemaslahatan hidup
berjiran dalam kalangan masyarakatnya. Secara implisitnya, ekonomi
negara yang memberangsangkan akan dapat dicapai oleh Malaysia. Pendek kata,
kehidupan berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dalam
industri pelancongan negara.
Kalau
ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan masyarakat akan
membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran
hidup berjiran mampu membawa kepada jaminan keselamatan penduduk setempat.
Hal ini kerana dengan wujudnya Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli
masyarakat di kawasan kejiranan itu sendiri, mereka akan menjalankan rondaan
pada waktu malam secara berkumpulan bagi memastikan kawasan perumahan mereka
berada dalam keadaan selamat sejahtera. Program ini juga mampu membantu
pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang biasa
berlaku di kawasan perumahan seperti pecah masuk rumah. Jika perkara ini tidak
ditegah secara serius, dikhuatiri akan membawa kepada banyak implikasi seperti
harta benda dirompak dan yang paling memilukan jika membawa maut kepada ahli
rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatan kebejatan moral ini.
Maka, apabila terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak,
purata kes jenayah dalam negara akan berkurangan dari semasa ke semasa.
Secara tidak langsung, nama Malaysia juga harum di segenap seantero mayapada dek
kerana Malaysia merupakan antara negara paling selamat untuk didiami di dunia
hasil daripada kajian yang dilakukan oleh “The World Justice Project” yang bertempat
di New York, Amerika Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran sepakat
membawa berkat”. Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat mampu menjana
kawasan perumahan yang harmoni dan aman.
Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan keamanan yang telah dikecapi. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!
mintak izin copy :)
ReplyDeleteHey why so long
ReplyDeletePRO
DeleteSO LONG LO==
really it is superb ........
ReplyDeleteaiyo...damn long..took 1 hour to copy
ReplyDeletePanjangnya...
ReplyDeletebarulah bagus best
DeleteGood essay
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMintak izi nk ambik isi skit
ReplyDeleteMintak izi nk ambik isi skit
ReplyDeleteambil sahaja lah
ReplyDeleteambil sahaja lah
ReplyDeleteHeeeeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDelete👍👍 sdp bce karangan ni
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethe best for spm candidates
ReplyDeleteblehka sya guna utk karangan kepentingan amalan kejiranan ?
ReplyDeleteseronok baca .. mohon izin nak guna isi ...
ReplyDeleteperibahasa die bagus2 sya suka and nk mintak izin mau copy untuk tugasan skolh.
ReplyDeleteminta izin copy☺
ReplyDeletebest jga nie essay..memenuhi khndak mrkah spm..
ReplyDelete4jam aq salin ni utk buat kerja sekolah🤣🤣🤣
ReplyDeleteterlalu panjaang
ReplyDeleteizin copy sbgai rujukan , terima kasih
ReplyDelete