(T)
Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok
masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi
khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan
rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang
memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali sebagai ‘budaya
ikram’. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang
sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri.
(I) Sayangnya, kehidupan dalam
suasana pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang
rasa, faham-memahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah
diganti dengan sikap individualistik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing dan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu
menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah merupakan salah satu
daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang
dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap
hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan
bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja
lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi
masalah yang melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat. (A) Sebelum bisul menjadi nanah,
setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus
memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat
yang penyayang dapat dilahirkan.
(P1) Peranan masyarakat yang
signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah mempunyai didikan agama
yang mantap dan utuh. (M) Membentuk
sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam
pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah
dengan pembentukan masyarakat yang mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya
iaitu didikan agama. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama
mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada Pencipta,
kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang lain di muka
bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan keberantakan
lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit bawang. (B) Sekiranya kita mempunyai keimanan yang
tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada
insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes pembunuhan, perogolan, penindasan
dan sebagainya. Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan.
(K) Sejajar dengan itu, masyarakat
yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan setiap anggota masyarakat
dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi pembangunan yang
lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat penyayang telah mulai
membenih dalam jiwa masyarakat kita. (P)
Maka jelaslah di sini bahawa didikan agama yang mantap mampu melahirkan
masyarakat yang penyayang demi kebaikan bersama.
(P2) Jika kita kaji dari dimensi yang
lain, peranan masyarakat yang lain adalah dengan menjadi suri teladan kepada
golongan yang masih hijau atau separa matang. Dalam hal ini, ibu bapalah yang
memainkan peranan utama. (M) Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam
negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha
membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu
bapa terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah
mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang. (B) Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada
anak-anak bak kata pepatah, ‘bapa borek, anak rintik’. Pepatah
ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak
langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri
perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang
membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang. (K) Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang
anak yang membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka
mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang. Akhirnya, masyarakat yang
penyayang yang lahir daripada insititusi keluarga yang penyayang dapat
dilahirkan. (P) Tegasnya, sebagai
sebahagian daripada anggota masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.
(P3) Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang
bertanggungjawab pihak sekolah juga haruslah memikul obligasi untuk melahirkan
masyarakt yang penyayang. (M) Hal
ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang
penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan
kanak-kanak dan remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah
dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka. (B) Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya
disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan
nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama
Islam sahaja tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun
di luar waktu dua subjek tersebut.
Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak
mereka kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Seterusnya
pendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran
dan pengajaran seharusnya dikreatifkan. (K)
Dengan ini, para pelajar dapat membesar
dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk
melahirkan masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian
negara untuk melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat
dilahirkan. (P) Jadi, peranan
masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat
dipertikaikan lagi.
(P4) Peranan masyarakat yang seterusnya ialah
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan diperbanyakkan. (M) Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota
masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti yang
dijalankan persis kata orang tua-tua, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat”. Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah
melalui amalan tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-aktiviti
tersebut. (B) Sebagai tamsilannya,
amalan rumah terbuka akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi
jiran tetangga, saudara-mara dan
rumah-rumah kebajikan pada hari-hari perayaan. Manakala penyertaan
masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong dan kerja sukarela juga
perlulah diperbanyakkan. (K) Aktiviti-aktiviti
sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama
lain di samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan
menghulurkan tenaga untuk golongan yang tidak berkemampuan ibarat yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang
dapat dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas
pertama. (P) Deduksinya, penganjuran
aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang banyak merupakan antara elemen yang
penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.
(P5)
Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat
dilahirkan melalui kempen kesedaran yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan
oleh golongan masyarakat media sama ada media elektronik atau media cetak. (M) Seperti yang diketahui umum bahawa
media merupakan wahana yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang
kepentingan amalan penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita. Pihak media lebih menitikberatkan aspek sosial
iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan tatapan umum. (B) Oleh itu, pihak media yang
merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang prihatin haruslah
menggiatkan pelaksanaan kempen ‘Keluarga Bahagia’, ‘Penerapan Nilai-nilai Murni’
dan ‘Cintai Sungai Kita’ untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan
masyarakat kita. Kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan
bukannya bermusim atau hangat-hangat
tahi ayam. (K) Sehubungan dengan itu, masyarakat sedar akan kepentingan
amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Sikap menganiayai,
menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus
dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini. (P) Izharlah bahawa peranan masyarakat
media melalui kempen-kempen yang diadakan dapat membentuk masyarakat yang
penyayang.
PENUTUP
(K) Bulan semakin terang
bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan
masyarakat yang penyayang. Kasih sayang
merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang
sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong
oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, “ Tidak beriman seseorang itu selagi dia
tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri”.
(C) Oleh itu, setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya
mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan
matlamat ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Ibu bapa seyogianya
memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral,
berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia,
kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling menyayangi ibarat yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
kerajaan. (H) Dengan
cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang
bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang.
Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan
masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya.
Tokoh pujangga yang bernama Ahmad Shauqi Bey berkata, “Sesungguhnya
bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah
lumpuh, mereka pun akan lenyap”. Diharapkan pembentukan masyarakat
penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan
mudahnya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMantap !
ReplyDeletekarangan yang bagus
ReplyDeletekarangan yang bagus
ReplyDeleteTerbaik lah . Saya suke karangan ni💖💕
ReplyDeleteTerbaik lah . Saya suke karangan ni💖💕
ReplyDeleteKarangan yang sangat bagus dan mantap.Terima kasih
ReplyDeleteSaya suka cara IMBAKUP👍 Terima kasih
ReplyDeleteBoekk😍
ReplyDeleteSo good ..
ReplyDeleteSo good ..
ReplyDeletevery good writing
ReplyDeleteWow
ReplyDeleteNgam mat karang to enti sema ulih ka ku nguji ngaga karang baka tu awakka karang ku ulih bulih besai mark.
ReplyDeleteKarangan yang baik
ReplyDeleteMemang terboek lah karanggan.
ReplyDeleteKarangan bagus
ReplyDeleteBagus , karangan yang mantap dan jelas!!! Terusan usaha untuk membina karangan. Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKarangann yg sgt padat.. Good
ReplyDelete