Sunday, May 4, 2014

KARANGAN 8 : PERANAN IBU BAPA UNTUK MEMBUDAYAKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM KALANGAN ANAK-ANAK




PENDAHULUAN:

  • TEMA:

-          Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial
-          aset yang paling berharga untuk mencapai kesempurnaan hidup
-          Hadis nabi ada menyebut agar kita menjaga masa sihat kita sebelum datang waktu sakit
-          Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dengan tajaan WHO

  • ISU

-          era modenisasi dan urbanisasi – amalan gaya hidup sihat masih tidak dittitkberatkan terutamanya dalam kalangan muda-mudi negara
-          memandang remeh sehingga mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti obesti, kencing manis, darah tinggi dan sebangainya - kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat
-          membimbangkan kerana mereka bakal memimpin negara

  •  ARAHAN – peranan ibu bapa – sebelum kudis menjadi tokak / bisul menjadi nanah


ISI 1 – MENYEDIAKAN PEMAKANAN SEIMBANG
M – anak-anak memerlukan tenaga yang mencukupi untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik – menjamin tumbesaran yang sihat – mempunyai daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit
BA – menyediakan makanan mengikut piramid makanan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - memberikan pemakanan seimbang yang mencakupi karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral kepada anak-anak secara konsisten dapat mencegah serangan penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis ketika mereka dewsa kelak – manjauhi makanan segera - Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda
K – membina pesonaliti yang cergas dan meyakinkan – membudayakan amalan ini sehingga dewasa – alah bisa tegal biasa – mengurangkan kos perubatan ibu bapa
PENEGAS?

ISI 2 – BERIADAH ATAU BERSENAM
M - mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan dalam pada masa yang sama mampu menstabilkan degupan jantung pada purata 80 ke 100 degupan per minit – membakar lemak-lemak yang berlebihan dan melancarkan pengaliran darah ke otak – badan cergas otak cerdas
BA – mengamalkan aktiviti riadah pada setiap hujung minggu bersama dengan anak secara berdisiplin – tidak seperti melepaskan batuk di tangga – berjoging, berjalan kaki dan bermain permainan seperti badminton – mengamalkan dasar ‘10 000 langkah setiap hari’ dalam mengekalkan ketahanan jasmani
K – meningkatkan kesihatan – mengurangkan kadar kematian - Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus – mengeratkan  hubungan silaturahim – isi dengan kuku – mengurangkan masalah sosial – serampang dua mata
PENEGAS

ISI 3 -  TIDUR DAN REHAT SECUKUPNYA
M – merupakan cara berehat yang efektif – Surah an-Naba’, Allah berfirman bahawa Kami jadikan tidurmu untuk rehat - kembali bertenaga untuk melaksanakan tugasan harian dengan sempurna terutamanya dalam pembelajaran mereka 
BA – perlu tidur dengan cukup iaitu 9 hingga 8 jam sehari – menetapkan waktu tidur iaitu sekitar pukul 9 malam – tidak menggalakkan anak-anak menonton televisyen sehingga larut malam
K – menjamin kesihatan yang baik – meningkatkan pencapaian akademik – memberikan fokus terhadap pengajaran guru di sekolah – mengurangkan tekanan dan penyakit sakit kepala – Berdasarkan kajian, manusia yang memperoleh tidur optimum akan lebih peka, memiliki tahap memori yang lebih baik dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah secara berkesan.
PENEGAS ?

ISI 4 – MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
M – kesihatan merupakan kunci kebahagiaan dan kekayaan seseorang –   “Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan”(George William Curtis) -  dapat mencegah penyakit dari peringkat awal – mencegah lebih baik daripada mengubati – mengesan penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah inggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam
BA – membawa anak-anak berjumpa dengan doktor sekurang-kurang setahun sekali secara berkala – menjalani ujian darah dan air kencing, pemeriksaan gig dan pemeriksaan tahap kolesterol
K - mengetahui tahap kesihatan seseorang tetapi juga dijadikan asas bagi memantau keberkesanan rawatan yang diterima seseorang pesakit. - memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit. – mengurangkan kadar kematian
PENEGAS???

ISI 5 – MENJAGA KEBERSIHAN
M – Kebersihan dan kesihatan diri merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kebersihan diri perlu dijaga bagi memastikan kita terhindar dari kuman dan seterusnya dari penyakit yang berbahaya. – merangkumi kebersihan diri dan persekitaran termasuklah tempat tinggal
BA – mengajar anak-anak menitikberatkan kebersihan diri seperti mandi dan basuh tangan dengan bersih – tidak dijangkiti penyakit kulit seperti panau, kayap, dan sebagainya - kuman, bakteria dan pelbagai lagi mikroorganisma yang membawa pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya sangat suka tinggal di tempat yang kotor – mengadakan aktiviti gotong-royong di kawasan rumah supaya bebas daripada pembiakan nyamuk aedes – demam denggi yang boleh meragut nyawa
K – menjamin keselamatan nyawa – mengurangkan kematian - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, 38 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama tahun lalu – menjana pembangunan negara
PENEGAS???

PENUTUP
K – langkah yang berkesan daripada ibu bapa amat penting – Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang - melahirkan keluarga yang sihat dan harmoni
CDGN – kerjasama semua pihak juga diperlukan...... – tanpa kerjasama ......
HARAPAN – modal insan yang berkualiti dapat dilahirkan untuk meningkatkan produktiviti negara – bersaing di peringkat global – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Rakyat Sihat, Negara Maju

CADANGAN ISI:
  1. menyediakan pemakanan yang seimbang
  2. membawa anak-anak beriadah atau bersenam
  3. menjalani permeriksaan kesihatah secara berkala
  4. memastikan anak mendapat waktu tidur dan rehat yang cukup
  5. menjaga kebersihan
  6. tidak merokok dan menagih dadah
  7. tidak minum minuman keras
  8. tidak melakukan seks rambang

9 comments: