| 
DIMENSI | 
MENARIK | 
MATANG | 
| 
REMAJA | 
- “Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu
  menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh
  orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang
  penuh puitis daripada mantan Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu
  menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda.  
-
  Pujangga pernah mengatakan bahawa generasi
  berwawasan pemangkin pembangunan negara dan sememangnya kata-kata ini
  tidak dapat disangkal lagi. 
-
  Remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang
  menempuh alam kritikal dan penuh dengan perasaan sering menganggap bahawa
  segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain dan suka
  mencuba sesuatu yang baharu.  
-
  Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh
  diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda. 
-
  Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada
  remaja. 
-
  Generasi hari ini sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana
  mereka berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan
  zaman. Natijahnya, wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang
  rapuh dalam diri mereka.  
-
  Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu
  bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat  mencintai hiburan. 
Bill Gates – sekiranya kita
  mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak
  berubah.. 
Soekarno, Presiden
  Indonesia pertama
  – Berikanlan saya sepuluh orang remaja, pasti saya akan gegarkan dunia. 
-
  Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu
  sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu
  mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. 
-
  Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan
  dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi
  tiang negara. 
-
  Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup
  setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok
  dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia.
  Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan
  mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis kepimpinan negara. 
-
  Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut
  bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan
  berlatih mengasihi orang lain. 
-
  Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul / holistic / kamil. 
-
  Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk
  Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah
  maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan
  sundal | 
-
  Menurut penggiat sosial tanah air, Tan
  Sri Lee Lam Thye, 40 peratus
  daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial
  seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya. 
-
  Menerusi Kementerian Belia dan Sukan,
  banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja
  memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah. 
-
  Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis
  Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap unsur negatif yang
  berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita. 
- Dalam
  RMK-9, sebanyak 20.6 peratus
  diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan
  keupayaan dan penguasaan ilmu 
- Mantan
  Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek,  belakangan ini,
  remaja begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi
  pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan  sebaya serta
  ibu bapa dan masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin
  hari semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. 
- Mantan Menteri Belia dan
  Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para belia harus diasuh dan dididik
  agar memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai
  dengan imej di mana-mana sahaja pada bila-bila masa”. 
- Hal ini cukup bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita
  dan Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad
  kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan
  kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk
  bersama anak-anak. 
- Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala
  Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah
  umur ditahan positif dadah. 
- Menurut
  Prof. Dr. Fatimah Yusoff,
  seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih
  memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah
  dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya. 
-
  Kajian juga mendapati hampir 80
  peratus anak-anak bukan saja dapat melayari Internet, malah mereka
  mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook, twitter dan laman sosial lain
  untuk berhubungan manakala hanya 20
  peratus untuk belajar. Mereka ini akhirnya terpengaruh dengan… 
-
  Kajian didedahkan oleh Polis Diraja
  Malaysia (PDRM) melalui laman sosial ‘facebook’ rasminya hampir 50 peratus daripada individu terbabit
  ialah remaja perempuan belasan tahun.  
- Menurut
  teori komunikasi terkenal, ‘Magic
  Bullet Theory’ yang 
diperkenalkan
  Katz dan Lazarsfeld pada 1955 misalnya  
mengandaikan
  bahawa televisyen memberikan kesan negatif   
kepada
  penonton secara langsung dan segera seperti peluru  
dengan
  penonton cenderung untuk percaya semua perkara dilihat, 
sekali
  gus boleh mempengaruhi tingkah laku
  mereka.  
  -  FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia)  mendedahkan kajian
  yang dibuat pada 2005 yang  membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti
  televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan
  73 peratus masa lapang mereka dengan 
menonton. 
-
  Kajian  yang dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun masing-masing 42.7 peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan turut mendapati faktor lain berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh dengan anggota keluarga dan rakan selain pengaruh ajakan rakan-rakan. | 
| 
IBU BAPA | 
-
  Ibu bapa perlu bertindak sebagai egen
  pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana kecemerlangan anak-anak 
-
  Keluarga pasti menjadi nukleus utama untuk kejayaan anak-anak. Keluarga
  merupakan institusi tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang. 
-
  Anak-anak ibarat sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga. Walau
  seberapa buruk sekalipun, kasih sayang tidak pernah luntur. Oleh itu, tidak
  wajar ibu bapa mengabaikan anak mereka lantaran anak-anak sudah mencecah usia
  remaja. 
-
  kasihkan
  anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan 
-
  Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak
  supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk
  pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. 
-
  Hukuma-hakama Arab pernah
  mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa
  yang sibuk adalah yatim 
-
  Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab
  hakiki mereka untuk mendidik anak yang mendahagakan kasih sayang mereka. 
-
  Peribahasa mengatakan bahawa tiada harimau yang membaham anak
  sendiri (sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak). 
-
  Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan
  mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya.
  / Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih,
  ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi. 
-
  Menurut Dr. Hassan Ali, Pengarah
  Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari rumah, maka
  ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh dengan
  kedamaian dan keindahan kepada anak-anak 
-
  Albert Einstein pernah berkata
  bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
  (Kepentingan didikan agama dan moral) 
-
  Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh
  kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi
  menjadi penawar. Demikianlah betapa besarnya peranan sesebuah
  keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat madani. 
- Remaja yang
  rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta
  perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah alang-alang
  menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dipandu dan
  ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru,
  masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk
  pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang
  unggul dan terbilang. 
- Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dipasak
  teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka
  tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi semata-mata.  
- Ingatlah bahawa segala-galanya bermula di
  rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak
  agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang
  pada hari muka. Jadi, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat
  menangani masalah ini. | 
- Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
  sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains
  Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan
  miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini
  pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan
  walaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka. 
- Menurut
  Dr. Ting Chew Peh, segelintir
  pelajar yang membolos sekolah berkait rapat dengan keruntuhan rumah tangga. 
-
  Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan
  Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih
  sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata
  mereka. 
-
  Memetik kata-kata mantan  Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan,
  kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga
  tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. 
-
  Kajian daripada pegawai Jabatan
  Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan rakyat yang terlibat
  dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri daripada
  mereka yang mempunyai konflik keluarga. 
-
  Kempen yang dirasmikan oleh mantan
  Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bertemakan
  ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’. 
- Mantan Menteri Pembangunan
  Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam
  satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang
  baik, melaksanakan hak-hak mereka  dan menjauhkan diri daripada perilaku
  yang boleh menyakiti hati dan kehidupan mereka. 
- Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah
  Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peranan institusi
  kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja kini daripada terus
  menjadi kes-kes jenayah.  | 
| 
MASYARAKAT | 
-
  Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang
  mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun
  kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. 
-
  Mafhum daripada sepotong hadis nabi yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum
  datang masa sakit  benar-benar menyedarkan kita bahawa
  kesihatan  merupakan aset  besar untuk sesuatu bangsa itu
  mempertahankan tamadun. 
-
  Mafhum daripada sepotong maksud hadis yang menyatakan bahawa kehidupan
  kita ibarat sebatang tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru
  seluruh tubuh turut merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam.
  Demikianlah gaya hidup intim yang wajar diteruskan dalam masyarakat moden
  kini. | 
-
  Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5
  iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk
  masyarakat penyayang amat penting sekali. 
-
  Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana
  Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam
  kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam
  diri. 
-
  Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah bank terkemuka mendapati hanya dua bagi setiap lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini mengamalkan tabiat menabung. 
-
   Menurut statistik Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, setiap 15 minit akan berlaku satu perceraian. Perangkaan ini menunjukkan betapa rapuhnya institusi kekeluargaan di Malaysia dan keadaan ini dapat disinonimkan bagai telur di hujung tanduk. - Hanya 35.6 peratus sahaja remaja yang lari dari rumah datang dari keluarga yang bercerai-berai manakala 22.2 peratus remaja mempunyai bapa yang berpoligami - Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan masalah sosial remaja atau hampir 50 peratus berpunca daripada keluarga yang konflik. - Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan - Kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005 kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010 | 
| 
NEGARA | 
-
  Jenayah dapat diibaratkan sebagai musuh dalam selimut kepada negara. 
- Peristiwa 13
  Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia.
  Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi
  iktibar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan
  kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. 
- Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastik dan
  radikal yang sedang melanda seantero pelosok negara,
  hubungan antara kaum juga perlu disemarakkan. 
-
  Mantan Presiden Amerika Syarikat, JF
  Kennedy  - Usahlah disoal apakah
  sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu
  kepada Negara 
-
  Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes
  jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku. 
-
  Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir
  Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.  | 
 - “Bersyukur kita kerana industri
  pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi
  negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang terunggul, terutama
  sekali untuk percutian dan pelancongan insentif." Kenyataan yang
  disuarakan oleh Dato' Seri Dr.Ng Yen
  Yen, mantan Menteri Pelancongan Malaysia dalam laman web rasmi
  kementerian beliau memperlihatkan bahawa Malaysia merupakan syurga
  pelancongan yang kian popular dan tersohor di rantau ini. 
- Menurut kata mantan Perdana
  Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, "...kita dapat
  berkenalan dan
  menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus membolehkan kita menumpukan
  usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan sebuah negara maju
  menjelang tahun 2020” 
- Menurut satu kajian yang dijalankan
  oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
  hampir 50 peratus kejadian kemalangan yang menyebabkan
  kematian berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri. 
-
  Tanggal 3 April 2009, tarikh
  tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia
  yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau
  ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan
  ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah
  tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia
  moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
  Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia
  menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang
  hari-hari yang mendatang. 
-
  Tun. Dr. Mahathir juga pernah
  berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan,
  sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan
  negara. 
-
  Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan
  bahawa mantan Timbalan Perdana Mentari
  Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari
  pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan
  tolak ansur agama. 
- Mengikut
  statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian
  Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga menunjukkan bahawa antara
  punca prima yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja hilang ialah
  masyarakat pluralistik di Malaysia bersikap nafsi atau mementingkan diri
  sendiri. 
- Amat mengejutkan apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang
  kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari 2012. Pengarah
  Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin,
  mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd. Bakri,
  berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam
  tempoh enam tahun kebelakangan ini. 
- Di Amerika Syarikat, National Incidence Studies of Missing,
  Abducted, Runaway, and Thrownaway Children (NISMART) telah melaporkan
  lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun 2005. Malah dilaporkan
  “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada setiap 26 saat”. | 
Sunday, May 4, 2014
FRASA, AYAT, UNGKAPAN YANG MENARIK & MATANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
Memang Terima Kasih Kepada Cikgu~
ReplyDeletecikgu, saya amat kagum dengan blog yang cikgu sediakan. saya cikgu BM di salah sebuah sekolah menengah di bkt mertajam, bolehkah cikgu balas e-mel saya sebagai perkongsian ilmu
ReplyDeletee-mel saya, serenephong2011@hotmail.com
thk
Statistik bukan 2015 tetapi 2005, 2006......... Boleh diguna? Terima kasih!
ReplyDeleteblog cikgu memang banyak membantu saya..terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu yang berharga ini
ReplyDeletethankyou cikgu!!!! this is so helpful for my bm trial! :-)
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteSaya amat suka blog ni. Bookmarked :D
ReplyDeleteSangat membantu.Ribuan terima.
ReplyDeletevery helpful tqsm
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu, ia sangat membantu saya untuk BM trial saya !
ReplyDeleteterima kasih cikgu semoga sentiasa dirahmati
ReplyDeletesangat membantu dalam membuat karangan...terima kasih...
ReplyDeleteMOHON SHARE YE... TQ
ReplyDeleteMenarik sangat
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyokooo
Deletecikgu, saya minta izin untuk copy paste benda nie.sebb bendanie banyak sangat membantu saya .. lagi" untuk menghadapi SPM 2019.. terima kasih cikgu
ReplyDeleteTq for this info it give me more idea for trial spm tomorrow...
ReplyDeleteSangat menarik. Terima kasih
ReplyDeletesangat membantu,mohon izin untuk saya gunakan ungkapan menarik di atas.terima kasih cikgu
ReplyDeleteSangat membantu..
ReplyDeletebagus ini
ReplyDeletethank you, very helpful! <3
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteizin copy paste. thanks
ReplyDeleteterima kasih cg ...sangat membantu saya
ReplyDeleteizin kan sy copy cikgu..terima kasih cikgu
ReplyDeleteThis site is very helpful to me in strengthening my essay
ReplyDeleteTq cg
ReplyDeleteSangat berguna untuk saya
saya share ye.tq
ReplyDelete