TAJUK 6: PERANAN
IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEMANFAATKAN INTERNET
Marcapada,
internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar dikagumi dan dalam masa yang
sama merupakan satu kepentingan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana
hanya internet yang memberikan kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara
meluas tanpa had kepada pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu
mengakses seluruh alam maya tanpa perlu bermandi peluh. Namun begitu, isu
penyalahgunaan internet bukanlah suatu isu baharu. Terdapat manusia sanggup melakukan
penyalahgunaan internet untuk memuaskan nafsu diri demi kepentingan diri dengan
melakukan pencerobohan maklumat dan menyebarkan berita palsu. Maka tidak
hairanlah jenayah siber kian hari kian serius bagai duri dalam daging. Oleh
itu, setiap individu perlu tahu akan kelebihan, keburukan dan cara mengakses
internet, termasuklah ibu bapa. Sebahagian besar ibu bapa masa kini handal
menggunakan internet manakala sebahagian kecilnya tidak. Namun begitu, sebagai
mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk mempelajari secara khusus
berkenaan dengan internet. Sekiranya ibu bapa sudah ‘mengenali’ internet, maka
dengan mudah ibu bapa mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet dan
secara tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan
penggunaan internet. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak memanfaatkan internet pada hari ini?
Memetik kata-kata pakar motivasi
terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar, “Seribu mancis tidak dapat menerangi
engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke
jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk
meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan
didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana agama
merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang
dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Anak-anak yang diasuh dan dibesarkan
dengan didikan agama yang mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika
melayari laman sesawang. Sebagai contoh, anak-anak tidak akan melayari laman
sesawang yang mengandungi unsur pornografi yang mampu mencemarkan minda dan
sekali gus mampu mendorong meruntuhkan akhlak anak-anak yang masih separa
matang. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan menggunakan internet untuk
menjejaskan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat dengan menyebarkan fitnah
malahan mereka akan menggunakan internet untuk menyampaikan ilmu yang berguna
kepada masyarakat. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni,
sudah pasti akan lahirlah insan yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri
dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh,
mereka dapat menggunakan internet dengan baik dan bijak.
Peranan lain yang harus
dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada
masa ini termasuklah mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan
dengan internet. Hal ini disebabkan anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk
penggunaan internet sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan
internet secara bijak. Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu
anak-anak akan lebih berhati-hati dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan
internet pada masa-masa akan datang bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Melentur
buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu sememangnya ibu bapa
bertanggungjawab dalam memberikan pengenalan kepada anak-anak mengenai
penggunaan internet dari kecil, yang ternyata amat penting dalam kehidupan
masyarakat moden masa ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan segala maklumat
berkaitan internet terhadap anak-anak merupakan tindakan yang wajar dilakukan
oleh ibu bapa.
Selain
itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa menggunakan
kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu internet ini
mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan
anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang berunsurkan pornografi,
mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan media,
mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Tindakan kecil yang
dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri hiburan
tanah air yang kerap kali ‘dirompak’ oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus
provokasi di internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga
terselamat daripada terus terperangkap di dalam kancah jenayah siber, yang juga
merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang
termaktub di dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu
bapa dalam memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan internet dapat
mendidik mereka dalam memanfaatkan kegunaan internet.
Jika
dikaji dari aspek yang lain, ibu bapa juga seharusnya menyekat penggunaan
internet oleh anak-anak. Ibu bapa kini mampu mengawal internet dengan menyekat
laman-laman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah mengelakkan
pengguna internet mengakses laman-laman tersebut dan sistem yang sama digunakan
pada peranti komputer yang disediakan di semua alma mater milik kerajaan.
Sistem sebegini bukan sahaja mampu mengawal aktiviti penggunaan internet
anak-anak, malah mampu mengasuh mereka untuk hanya mengakses laman-laman yang
berguna sahaja. Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan sistem sebegini di
rumah, sudah tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan internet dengan
lebih bijak, seterusnya dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun
mencuba untuk mengakses laman-laman berunsurkan negatif seperti yang
kebiasaanya berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa masa ini. Anak ibarat
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis kata peribahasa
tersebut yang secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu
mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain putih yang tidak
berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal
penggunaan internet oleh anak-anak sebagai cara mengajar mereka menggunakan
internet secara lebih bijak.
Akhir
sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka dengan
medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang ditegaskan, internet
sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi pendidikan. Hari
ini, kemajuan internet juga selaras dengan kemajuan teknologi seperti tablet
dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini merupakan
peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh hal yang demikian,
adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar
yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah banyak
aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan
kemudahan internet, namun malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan
pengguna internet masa kini. Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium
sebegini, sekurang-kurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan internet
serta bijak menggunakannya. Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak
menghabiskan masa dengan melayari internet mahupun menghadap peranti pintar
sepanjang masa, sekiranya peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi dan
laman pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian,
jelaslah sudah di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium
pembelajaran melalui internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik
mereka memanfaatkan penggunaan internet.
fantastic..wow..thanks a lot
ReplyDeleteAmazing..I like the essay....
ReplyDeleteAmazing..I like the essay....
ReplyDeleteSangat membantu (: . Tq.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebest baca! ^^
ReplyDeletebest baca! ^^
ReplyDeleteUseful. Thankyouuu😄
ReplyDeleteUseful. Thankyouuu😄
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteVery good
ReplyDeletethanks👍
ReplyDeleteKarangan ini sangat berguna untuk saya mencari idea bagi mengembangkan isu karangan yang saya buat.
ReplyDeleteTERIMA KASIH😊
This is really great
ReplyDeleteSemua karangan cikgu ni best
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteWow fantastic men
ReplyDeleteniceuu
ReplyDeleteizinkan saya copy karangan ini untuk dijadikan rujukan mengarang . terima kasih.
ReplyDeleteNiceeee....the best essay ever thankyou ;)
ReplyDelete