TAJUK 4: LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Tidak
dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk
dicapai sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai iltizam dan keazaman yang
tinggi untuk mencapainya. Namun begitu, dalam menelusuri arus globalisasi
yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini masih terdapat segelintir
pelajar yang masih tidak menitikberatkan kecemerlangan akademik lantaran masih
dibuai lena oleh budaya hedonisme. Mereka ini lebih mementingkan keseronokan
dan hiburan daripada pendidikan. Pelajar-pelajar tidak sepatutnya
menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan
peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang pelajar yang lebih cerah.
Oleh itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak
dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan jika asyik
mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada berguna. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut
dilakukan untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar?
Langkah perdana yang perlu dilakukan
oleh seseorang pelajar yang sentiasa mendambakan kecemerlangan ialah dia haruslah
mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang
unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika
bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap dengan
menggunakan bahasa yang sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang
berharga. Sebagai contoh, seseorang pelajar itu perlu sentiasa menghormati dan
menyayangi guru mereka. Mereka juga perlu sentiasa berlapang dada
untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini kerana bantuan yang
diberikan dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas penerangan yang diberikan. Sifat
sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang ingin
cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih
kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi
akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan.
Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di
sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera
sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa kecemerlangan dapat dicapai melalui sahsiah
dan peribadi yang unggul.
Langkah yang seterusnya ialah pelajar haruslah sentiasa
mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan
manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun
Buddha. Mereka perlu menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi
landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti
kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah
mengenal Tuhan dan agamanya. Mereka
seharusnya mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang
dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang ingin cemerlang
perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat
serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Menurut Albert Einstein, “Agama
tanpa ilmu ada buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.” Izharlah bahawa agama
menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada
matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Jika ditinjau dari
dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai jika pelajar
itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Setiap pelajar haruslah menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan
tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka perlu sentiasa
mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti
membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan
jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang dilakukan seimbang
daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat
penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di
meja belajar sahaja. Pelajar yang ingin cemerlang juga sentiasa berusaha
menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa
yang terluang. Hal ini kerana mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan
dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka
seorang pelajar yang cemerlang bak kata slogan, membaca jambatan ilmu.
Mereka juga perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak
menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu pencuri masa. Mereka juga tidak akan
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses
menuntut ilmu. Secara tidak langsung, pengisian masa yang bijak dapat mengekang
mereka daripada terjebak dalam kebejatan sosial yang kian menghambat golongan pelajar
kita seperti vandalisme, gengsterime, melepak dan sebagainya. Pelajar yang
berdisiplin dalam pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah juga dapat
dilahirkan. Jadi, jelaslah kepada kita semua bahawa pengisian masa yang bijak
dapat membantu seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
Di
samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan tumpuan
ketika guru sedang mengajar. Hal ini kerana perhatian dan tumpuan yang
diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di
samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Seorang
pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar disebabkan faktor memberikan sepenuh tumpuan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberikan sepenuh perhatian
dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka
harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu
ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita.
Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas bukan sahaja menjadi salah satu
ciri kecemerlangan pelajar malahan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka
menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para
guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi
keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran,
peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Ringkasnya,
pemberian tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas turut mendorong
kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.
Bukan
itu sahaja, kecemerlangan juga dapat dicapai dengan menetapkan wawasan
hidup. Hal ini kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat
mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Wawasan hidup merupakan ciri
dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka
sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang
sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti
berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti
dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian.
Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta
tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin
menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih
malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk
berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu
menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar
cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata
peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri
mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Seperkara
lagi, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan
terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Pelajar
cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka
juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya
bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah.
Aktiviti kokurikulum ialah wahana bagi aplikasi pengetahuan dan kemahiran
kurikulum. Oleh itu, para pelajar haruslah menyertai
sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit
beruniform mahupun akademik. Para pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang
aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti
berkawad dan berkhemah. Dengan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda
serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur, minda
pelajar akan menjadi cemerlang lalu dapat menjana idea yang kreatif dan kritis.
Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan
mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas
lahir daripada badan yang cergas. Tegasnya, setiap pelajar perlu
bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang dan seimbang.
Bulan
semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat
diimplementasikan oleh seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam
apa-apa jua lapangan yang diceburi. Kecemerlangan seseorang pelajar dapat
menjamin masa depan seseorang pelajar yang lebih cerah. Pelajar
cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi akademik,
kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri modal insan minda
kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Oleh itu, para
pelajar haruslah fokus akan matlamat hidup mereka untuk menjadi insan yang
syumul dengan melakukan beberapa pendekatan yang telah dibincangkan. Namun
begitu, sekiranya kita meletakkan usaha ini atas bahu pelajar sahaja tidak
mencukupi kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, semua pihak
terutamanya ibu bapa, guru dan Kementerian Pendidikan haruslah menggembleng
tenaga dan bersemangat tinggi setinggi Gunung Himalaya untuk melahirkan insan
kerdil yang berjiwa besar dalam memburu kecemerlangan. Komitmen jitu daripada
semua pihak sudah pasti dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang sekali gus usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang
dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri dapat dicapai dengan mudah. Diharapkan
usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan syumul untuk bersaing di
peringkat antarabangsa tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin. Benarlah kata
Soekarno, “Berikan aku 10 orang belia waja nescaya akan aku gegarkan dunia,” kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
syukran jazakallahu khairan .moga Allah merahmati cikgu . Lepas sudah PBS . alhamdullilah . hehe . mASIHH sesangat kerana membantu !
ReplyDeleteterima kasih, sgt membantu saya membuat tugasan
ReplyDeletewhat a good essay! keep it up and keep producing more essays. SURE, you will get a such of long lasting internal as well as external happiness! GOOD JOB!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehttp://muinmohsein.blogspot.com/2013/08/karangan-pelajar-cemerlang.html
ReplyDeleteTerima kasih atas karangan ini,,
ReplyDeleteMinta izin nak copy bgi dijadikan panduan
So good!!!!
ReplyDeleteThank you very much...karangannya perfect dengan ayat yg sungguh cantik..
ReplyDeletemacam mana nak jadikan seseorang itu sebagai tokoh
ReplyDeletethis is very useful, thank you
ReplyDeleteGood essay..keep it up!!
ReplyDeleteIt will help me for my exams..
Thank youu
Perkataan , tatabahasa yg diaplikasikan disini menarik minat saya membaca . kerana perkataan yg digunakan bombastik dan mencetuskan perasaan suka untk bakal pemeriksa yg menanda
ReplyDeletePerkataan , tatabahasa yg diaplikasikan disini menarik minat saya membaca . kerana perkataan yg digunakan bombastik dan mencetuskan perasaan suka untk bakal pemeriksa yg menanda
ReplyDeletecikgu saya ambil karangan cikgu sebagai rujukan untuk saya .... terima kasih cikgu
ReplyDeleteGempaklah karangan cikgu!!!!, boleh jadi rujukan bags saya untuk menulis karangan bahkan pelajar Minda kelas pertama!!!! :-)
ReplyDeleteBagusnya karangan ni!
ReplyDeleteterima kasih lah membantu..........................
ReplyDeleteterima kasih...saya akan jadikan karangan ini sebagai rujukan ye ^_^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWow.. amazing🤗
ReplyDeleteWow... Hebatnya😀😀😀
ReplyDeleteTerbaikkk lh karangan
ReplyDeleteAlhamdulillah karangan yg sngt baik👍sngt membantu saya bnyk peribhasa yg mantap👍
ReplyDeleteterima kasih sangat membantu
ReplyDeleteAlhamdulilah terima kasih...sngat mmbantu...
ReplyDelete👌👍
ReplyDeletecopy
ReplyDeleteMintak izin utk saya wat panduan ye
ReplyDeleteMintak izin utk saya wat panduan ye
ReplyDeletebanana
ReplyDeleterubbish
ReplyDelete