Sunday, August 24, 2014

KOSA KATA KARANGAN 1:




  • seikat bak sirih, serumpun bak serai (muafakat sekali, seia sekata)
  • lakaran suram (cerita / kisah menyedihkan)
  • hidup segan mati tak mahu  (semakin melarat)
  • sirna (hilang)
  • sifat nafsi / individualistik (mementingkan diri sendiri)
  • bersilengah (tidak peduli apa-apa)
  • holistik (menyeluruh) 
  • bagai aur dengan tebing (tolong-menolong) 
  • anjakan paradigma (perubahan corak berfikir dan bertindak)
  • ukhuwah (hubungan persaudaraan)
  • ampuh (kuat / teguh)
  • proklamasi (pengisytiharan / sesuatu yg diwara-warakan)
  • utuh (kuat / kukuh / teguh)
  • persis (umpama / seperti)
  • telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua (kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat)
  • pengimplimentasian (pelaksanaan)
  • horizon (kawasan)
  • dek (oleh)
  • sensitiviti (perkara yang menjadi sensitive)
  • spiritual (kerohanian)
  • memacu (membawa / mendorong)
  • kekangan (masalah)
  • infrastruktur (prasarana / kemudahan)
  • modal insan (tenaga manusia yang berpengetahuan, berdisiplin dan berakhlak)
  • sambil menyelam minum air (Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai)
  • vital (mustahak)
  • melakar kejayaan (mencatat kegemilangan)
  • diimplimentasikan (dipraktikkan)
  • melonjakkan (menaikkan) implisit (tidak langsung)
  • memberangsangkan (mencapai tahap optimum)
  • kebejatan moral (keruntuhan akhlak)
  • seantero mayapada (seluruh dunia hari ini)
  • kealpaan (melalaikan, mengabaikan)
  • evasif (mengelak daripada melakukan tanggungjawab)
  • bernafsi-nafsi (individualistik / mementingkan diri sendiri)
  • enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing (bernafsi-nafsi / individualistik / mementingkan diri sendiri)
  • berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu)
  • komitmen (memberikan sepenuh tenaga)
  • sanubari (jiwa / diri / kalbu)
  • aspirasi (keinginan yang kuat / cita-cita) 
  • terzahirnya (terciptanya)

No comments:

Post a Comment