TAJUK
5 : CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Dalam
mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad (ekonomi) negara membangun seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam
sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun
begitu, isu memupuk semangat kejiranan
masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen (golongan
bawahan) di Malaysia. Dewasa ini,
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin
terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan
membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Dari segi konsepnya
semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk
oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama
dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta.
Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda
ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut
Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling
kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang
pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini
boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari.
Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat
kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.
Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialah ibu
bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa
merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan
mencontohi teladan yang ditunjukkan kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka
mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Hal
ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada
ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran
tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu,
ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar
dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk
antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan
masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk
oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan
bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah
kemajuan negara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang
terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
anak-anak.
Memetik
wasitah nirmala seterusnya, minhaj (cara) untuk
memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah program rukun tetangga di kawasan perumahan mesti
dihidupkan semula. Hal ini kerana
program rukun tetangga berfungsi sebagai perisai untuk mengawal keselamatan kawasan
perumahan terutama pada malam
hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana
masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga.
Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda
kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini
akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki (sebenar). Menurut
Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni.
Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan
semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.
Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya
adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat
berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan
dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
adalah seperti membersihkan kawasan
taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila
berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan
yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran
mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu
yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Selepas
mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui
cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping dapat
menerapkan pelbagai nilai murni. Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan
diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai
murni dalam diri. Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi
bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti
gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Jika dilihat dari perspektif yang lain, kita juga
hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan
perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka,
jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan
lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah
yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis
rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka,
dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan”
bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai
hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan,
“serumpun seperti serai, seikat seperti
sirih”. Hal ini dikuatkan lagi dengan kajian
dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran
program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi kejiranan yang
kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek
kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilah menyemarakkan budaya
kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan
menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung
ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital
kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai
jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan
terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan
yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang
dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan
ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat kita.
Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah
dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa cara yang dapat
dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam
era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan
akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh
itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada
sekarang. Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu
terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Golongan
remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka merupakan
pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu,
kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak kerana bertepuk
sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi
ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk menghidupkan
semangat kejiranan di negara kita. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
kenal-mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah
negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.
Cikgu, saya tidak faham maksud ayat dari perenggan pertama ini:- Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHai cikgu sekali lagi. Saya kurang faham ayat dari perenggan keempat ini:- Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeletePothikethe poda sunni
Deletenot bad :)
ReplyDeleteThanks
ReplyDelete....
Thanks
ReplyDelete....
Thank you, ia sangat berguna hehee ;)
ReplyDeleteAPA maksud...Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj ?
ReplyDeleteMinhaj bermaksud cara
Deletearumai
ReplyDeleteThank...
ReplyDeleteThanks for the amazing karangan!
ReplyDeleteexcellent
ReplyDeleteexcellent
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood👍
ReplyDeletemnta izin copy ya
ReplyDeleteterima kasih....mohon copy
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekarangan yg boleh diterima
ReplyDeleteterima kasih kerana memberikan contoh karangan yg bagus
rujukan yang sangat bagus !!!
ReplyDeleteKrangan yg bgs
ReplyDeleteSangat membantu! Terima kasih cg. 😊
ReplyDeleteSangat membantu! Terima kasih cg. 😊
ReplyDeletemohon copy..terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih cgu...sngt bermanfaat bagi plajar2 spm.. nice esei
ReplyDeleteAwesome karangan
ReplyDeleteAwesome karangan
ReplyDeleteterima kasih cikgu karangan yang baik
ReplyDeletegreat. terima kasih cikgu.
ReplyDelete"sesungguhnya Kami menciptakan kamu"? Bukankah Allah itu yang Maha Esa.
ReplyDeleteYa, benar. Allah itu yang Maha Esa. Tetapi dalam konteks ini ia adalah salah satu ayat mutasyabihat iaitu ayat yang boleh menimbulkan keraguan @ perdebatan tentang zat Allah. Terminologi 'kami' yang digunakan bukanlah membawa maksud Allah itu ramai atau banyak sebaliknya menunjukkan kekuasaan/keagungan Allah. Usah difikirkan ttg zat Allah kerana akal manusia itu terbatas dan sangat terhad. Wallahu'alam :)
Delete"sesungguhnya Kami menciptakan kamu"? Bukankah Allah itu yang Maha Esa.
ReplyDeletekarangan yang cukup best for spm student
ReplyDeletebaik pnya useful for spm besok
ReplyDeleteHarap dpt A dlm spm bm :))
ReplyDeleteHarap dpt A dlm spm bm :))
ReplyDeleteSAYA COPY YAA. TQ;)
ReplyDeletenot bad!!!!!
ReplyDeleteGood
ReplyDelete👍👍👍☝
Baiki Semula Penggunaan Bahasa Yang Sesuai
ReplyDeleteAyat Yang Digunakan Kurang Difahami
mohon copy
ReplyDeleteAwat byk sgt perenggan... Penat saya salin.. Hihi sory.. Tapi karangan ni memang gempak.. Cemerlang saya bagi..
ReplyDeleteAwat byk sgt perenggan... Penat saya salin.. Hihi sory.. Tapi karangan ni memang gempak.. Cemerlang saya bagi..
ReplyDeletenoob
DeleteEsk spm😐
ReplyDeleteToday spm, thank you!
ReplyDeletelove u
DeleteHarini spm :( GOODLUCK semua
ReplyDeleteVery helpful
ReplyDeletepergi mampus
ReplyDelete