(i) Berdasarkan sebuah novel yang
telah anda pelajari , jelaskan dua
kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
Novel
yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Terdapat
beberapa kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh pengarang dalam
novel tersebut.
Antara
kritikan sosial termasuklah sikap
masyarakat yang memandang rendah atas keupayaan orang lain atas sebab-sebab
tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui watak Datuk Johari.
Contohnya, Datuk Johari tidak mahu menghargai kebolehan Hilmi yang sudah berjaya
menjadi seniman agung. Walaupun dia diberikan tiket untuk menonton Pertunjukan
Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu kepada orang yang memberinya
kerana dia menganggap kebolehan dan bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini
disebabkan Hilmi hanya lulus setakat darjah
empat sekolah Melayu. Bukan itu sahaja, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi
apabila Datin Salmah mengajaknya untuk menonton pertunjukan itu.
Kritikan
sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan oleh Abdullah Hussain ialah sikap masyarakat yang mementingkan status
dan kedudukan sosial. Sikap ini telah jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah yang
dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat bangga, sombong, dan
mementingkan kedudukan. Misalnya, Datin Salmah mahu orang menghormatinya, malah
dia suka orang menyebutnya ‘Datin’ ketika menyapa dan berbual dengannya. Oleh
itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa
tersinggung. Di samping itu, apabila Mak Cik Minah melayani Hilmi dengan baik
dan menyapanya dengan menggunakan perkataan ‘Encik’, Datin Salmah memarahi Mak
Minah sehingga Mak Minah melongo apabila mendengar kata-kata Datin Salmah. Oleh
itu, didapati Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu melayani Hilmi dengan baik,
malah juga melarang pembantu rumahnya memberi layanan yang baik dan
berencik-encik kepada Hilmi.
KRITIKAN SOSIAL
NOVEL PAPA
1.
Mengingkari
perintah Tuhan dan melakukan dosa – Encik Muaz al-Khalibi telah menodai
pengemas biliknya sehingga mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai
akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan Rasylan yang baru
dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
2.
Iri
hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang – Murni menghasut rakan
sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.
3.
Dendam
yang berpanjangan - Datuk
Mustakim melanggar ibu bapa Jeffri ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya
meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah kerana Datuk
Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos
rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa
Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.
Oleh:
Kimberly Ling (5W WMSKL)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelakari, bincangkan tiga kritikan penulis terhadap
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Novel yang teleh saya kaji ialah Konserto Terakhir karya
Abdullah Hussain. Pengarang telah mengkritik beberapa kepincangan yang berlaku
dalam masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
Antara kritikan penulis ialah penulis mengkritik
masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Datuk Johari telah
meninggalkan kampungnya bersama surat perceraian untuk isterinya pada malam
pengantin dan terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Kesan kepada peristiwa ini ialah
bapa Datuk Johari telah bergaduh besar dengan bapa bekas isteri yang
ditinggalkan oleh Datuk Johari. Hubungan antara dua keluarga tersebut hampir
pincang. Peristiwa ini selesai apabila sepupu Datuk Johari, Karim menawarkan
diri untuk mengahwini bekas isteri Datuk Johari. Peristiwa ini menunjukkan
sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang boleh membawa
menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Selain itu, penulis mengkritik masyarakat yang
mementingkan status diri. Tamsilnya, Datin Salmah sering mengejek Hilmi kerana
dia hanya mempunyai pendidikan setakat darjah empat sekolah Melayu. Dia tidak
menyenangi kehadiran Hilmi yang datang dari kampung di rumahnya walaupun Hilmi
merupakan anak saudara suaminya. Datin Salmah tergamam apabila Hilmi tidak
membahasakan dirinya sebagai ‘datin’ sebaliknya memanggilnya ‘mak cik’. Datin
Salmah juga sentiasa mencari peluang untuk mengusir Hilmi dari rumahnya selepas
termakan dengan hasutan kakaknya, Datin Laila demi menjaga maruahnya. Hal ini
menunjukkan sikap sesetengah masyarakat yang lebih mementingkan status daripada
hubungan persaudaraan.
Di samping itu, penulis juga mengkritik masyarakat yang
menghasut. Misalnya, apabila Mohsin yang sedang mengisi minyak motokar
ternampak Hilmi yang sedang bekerja di stesen minyak, dia memberitahu tauke
stesen minyak itu bahawa Hilmi pernah menjadi tukang kebun di rumah Datuk
Johari, tetapi lari dari situ. Dia meminta tauke stesen minyak itu supaya
memecat Hilmi dan jika tidak, dia tidak akan pergi mengisi minyak di situ lagi.
Peristiwa ini memaparkan bahawa masih terdapat lagi sikap masyarakat yang suka
menghasut dan menabur fitnah kepada orang lain demi kepentingan diri yang akan
menjejaskan kehidupan orang lain.
Rangka Novel Papa
1. Masyarakat yang percaya akan perkara yang karut
- Mak Cik Noraini
kurang senang dengan tindakan papa menyediakan kelengkapan kelahiran bayi lebih
awal, iaitu ketika kandungan mama baru berusia lima bulan kerana menurut kata
orang tua-tua, perkara itu tidak baik.
2. Masyarakat yang bersikap cemburu
- Rasylan berasa
cemburu apabila melihat Julia ditegur oleh pelajar yang lebih senior
3.
Masyarakat yang mudah memandang serong terhadap seseorang
- Papa tidak suka Julia
berkawan rapat dengan Rasylan setelah mendapat tahu latar belakang ibu bapa
Rasylan yang tidak diketahui asal usulnya.
Ada tak novel Silir Daksina untuk kepincangan masyarakat
ReplyDeleteAda tak novel Silir Daksina untuk kepincangan masyarakat
ReplyDeleteAda tak novel tirani
ReplyDeleteAde x novel bimasakti menari
ReplyDelete