Saturday, November 3, 2012

KATA KUNCI CONTOH CERPEN DAN DRAMA


1    1. Kasih sayang (KS)
2    2. Bertanggungjawab (BT)
3    3. Kegigihan (KG)


(a)    Cerpen Ibu dan Ceper
·         KS – Penulis sayang akan ibu dan bapa yang sudah tua dan uzur.
·         BT – Penulis merupakan seorang anak yang bertanggungjawab dengan membantu orang tuanya bekerja dan menjaga ibu bapanya semasa mereka sudah uzur.
·         KG – Ibu gigih bekerja di sawah membanting tulang empat kerat untuk menyara keluarganya.

(b)   Cerpen Memori Seorang Tua
·         KS – Pak Itam amat menyayangi isteri dan dua orang anaknya yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara dan dia menanti kehadiran isterinya pada majlis hari jadinya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya.
·         BT – Pak Itam bertanggungjawab terhadap bangsa dan negaranya dengan menentang penjajah Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara terus.
·         KG – Tuk Mat dan keluarganya gigih membantu Pak Itam dalam membuat persiapan untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85.

(c)    Cerpen Israk
·         KS – Wah, nenek Israk dan Mikraj tetap menyayangi cucunya, Israk walaupun cucunya bersikap agresif dan menyakitkan hatinya.
·         BT – Mikraj menasihati abangnya, Israk supaya menghormati Wah kerana Wah lebih tua daripada mereka.
·         KG – Wah gigih membesarkan membesarkan Adam tanpa bantuan seorang suami kerana suaminya telah meninggalkan dunia ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari.

(d)   Cerpen Pemain Catur
·         KS – Uj amat sayang akan ibunya yang menghidapi penyakit darah tinggi.
·         BT – Um seorang anak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Dia kurang mengambil berat hal ibu kerana menganggap bahawa telah ada doktor yang diupah untuk merawat sakit ibunya.
·         KG – Uj gigih menerangkan sejarah keturunan moyangnya yang berketurunan juara catur terkemuka dunia sebelum abad ke-17 dengan panjang lebar.

(e)    Melissa
·         KS – Melissa menyayangi Hisyam, kawannya semasa kecil walaupun Hisyam telah terkorban dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
·         BT – Melissa menyertai angkatan tentera untuk menjaga keamana negara.
·         KG – Melissa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiahnya / tesisnya.

(f)    Biarkan Samudera
·         KS – Amirah amat sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya.
·         BT – Hakimah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dia membawa Amirah ke rumahnya untuk bertemu dengan ibunya yang mahu membantu untuk memulihkan semangat Amirah.
·         KG – Ayah Amirah seorang nelayan yang gigih kerana sudah bertahun-tahun lamanya, ayahnya bergelumang dengan laut dan ombak untuk menyara kehidupannya.

(g)   Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
·        KS – Mak Jimah menunggu suaminya, Pak Jumaat di tepi pantai walaupun suaminya dikatakan telah meninggal dunia akibat bencana tsunami.
·        BT – Anak-anak Mak Jimah dan Pak Jumaat balik ke kampung apabila mengetahui ayah mereka telah hilang akibat bencana tsunami.
·        KG – Pak Jumaat gigih mencari nafkah dengan turun ke laut walaupun anak-anaknya ada memberinya wang belanja pada setiap bulan.

(h)   Drama 1400
·        KS – Siti Rahimah sangat mengasihi Dolah dan sanggup menunggunya di tepi pantai apabila diberitahu Dolah telah karam.
·        BT – Apabila Dolah tahu bahawa isterinya, Intan Siti Rahimah mengandung, dia telah meminta isterinya menjaga diri dan menambah orang gaji untuk menjaga isterinya dan kandungannya.
·        Keinsafan – Abu Lahab menyatakan keinsafannya di hadapan hakim. Dolah juga insaf akan perbuatannya selepas membaca surah al-Falaq

(i)     Drama Dato’ Onn
·        KS – Halimah tetap mengasihi suaminya walaupun mereka dalam keadaan susah semasa Onn menjadi nelayan di Singapura selepas dibuang kerja.
·        BT – Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn bertanggungjawab menghalang Kiai Salleh daripada menyerang kampung orang Cina di Bagan.
                  KG – Dato’ Onn ternyata gigih dalam memperjuangkan penentangan terhadap Malayan Union 
                  sehingga mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment