Saturday, November 3, 2012

KARANGAN SPM 9: BUDAYA MEMBACA


(a)   Peranan ibu bapa memupuk amalan membaca:
                                i.            Ibu bapa sebagai suri teladan
                              ii.            Ibu bapa membeli bahan bacaan secara tetap
                            iii.            Ibu bapa membawa anak-anak ke pesta buku
                            iv.            Ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak dengan menghadiahkan buku
                              v.            Ibu bapa menyediakan perpustakaan mini

(b)   Usaha meningkatkan minat membaca
i.   Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak
ii.  Pihak sekolah menggalakkan pelajar membaca dengan mengaktifkan program NILAM
iii.  Pihak kerajaan hendaklah memperbanyak perpustakaan awam dengan dilengkapi buku-buku 
     berkualiti
iv. Syarikat penerbitan tidak harus berhenti menerbitkan buku yang bermutu
v. Cukai buku import harus dikurangkan agar dapat menggalakkan pembelian buku bacaan
vi. Kempen secara besar-besaran harus dilancarkan secara berterusan

Menarik & matang:
i.            Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan
ii.           Kadar membaca rakyat Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005  kepada lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010.
iii.         Kadar membaca rakyat di Jepun yang tinggi iaitu purata 40 buah buku setahun menunjukkan pengetahuan dan kemajuan mereka lebih baik.
iv.         Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.
v.           Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda.
vi.         Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca.
      vii.    Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai   
              budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu mewujudkan masyarakat yang    
              maju dan progresif bukan fatamorgana semata-mata.

1 comment: