(a)
Punca:
i.
Diri – Jati diri yang kurang mantap
ii. Keluarga
– Kurang perhatian dan kasih sayang / didikan agama dan moral yang mantap daripada
ibu bapa
iii. Masyarakat
– Bersikap evasif dan mementingkan diri sendiri
iv. Media
massa – Kempen kesedaran yang kurang efektif
v. Kerajaan
– Undang-undang yang longgar
Menarik
& matang:
i.
berumur setahun jagung, berdarah
setampuk pinang / belum keras ubun-ubunnya / masih hijau (belum cukup matang)
ii.
ibarat kapal tanpa nakhoda (hidup
terumbang ambing tanpa kasih sayang dan didikan agama)
iii. Hukama-hakama
Arab pernah berkata bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu
bapa yang sibuk adalah yatim.
iv. Kajian
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan remaja yang
terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik
keluarga.
v.
bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing (mementingkan diri sendiri)
vi. sekadar
melepaskan batuk di tangga (tidak bersungguh-sungguh)
vii. Menurut
penggiat sosial negara, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan
pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh,
merogol, merompak dan sebagainya.
(b)
Langkah:
i.
Diri – Mempunyai jati diri yang teguh
ii. Keluarga
– Harus memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya / didikan agama
dan moral yang mantap
iii. Masyarakat
– Harus mengamalkan sikap menjaga tepi kain orang
iv. Media
massa – Mengadakan kempen kesedaran dengan lebih giat
v. Kerajaan
– Menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas
Menarik
& Matang:
i. Yang Berhormat Senator Datuk Sri
Sharizat binti Abdul Jalil semasa ditemu bual dalam rancangan “Wanita Hari Ini”
di TV3 mengatakan bahawa ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan
anak-anak waima sibuk dengan segala tugas yang dipikul agar anak-abak mendapat
kasih sayang dan perhatian yang secukupnya.
ii. Terdapat kalimah yang berbunyi,
“Kepapaan menajamkan akal manusia, kekayaan menumpulkan akal manusia.”
Kata-kata tersebut membawa makna yang jelas bahawa ibu bapa tidak seharusnya
melimpahkan kemewahan terhadap anak-anak kerana kemewahan dan kekayaan akan
menyebabkan anak-anak lalai dalam menjalani kehidupan.
iii. Seorang
tokoh filsuf terkenal, Franklin D.Roosevelt pernah mengungkapkan bahawa
segala-galanya bermula dari rumah yakni keluarga. Ungkapan beliau ini jelas
menggambarkan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sifat dan
perlakuan anak-anak mereka.
iv. Berdasarkan salah
satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali menyebut bahawa seorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih untuk mengasihi orang lain.
No comments:
Post a Comment