(a) Pilih dua buah novel yang anda pelajari.
Bandingkan satu watak sampingan daripada kedua-dua buah novel
tersebut.
Novel yang telah saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain dan novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), karya Deana Yusof. Kedua-dua novel ini mengandungi beberapa watak sampingan yang meyumbang kepada perkembangan plot novel masing-masing. Salah satu watak sampingan daripada novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari manakala satu watak sampingan daripada novel Papa ialah Encik Jeffri. Kedua-dua watak ini mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Datuk Johari dan Encik Jeffri, yang dikenali sebagai Papa mempunyai ciri yang sama iaitu mereka merupakan penyayang. Dalam novel Konserto Terakhir, Datuk Johari merupakan seorang penyayang kepada keluarganya. Contohnya, Datuk Johari sanggup rajin bekerja supaya isterinya, Datin Salmah dan anaknya, Hayati dapat hidup dengan mewah. Encik Jeffri dalam novel Papa juga merupakan seorang penyayang. Buktinya, Encik Jeffri amat menyayangi isterinya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga isterinya, Intan Maliana yang berada dalam koma.
Manakala, perbezaan perwatakan Papa dan Datuk Johari ialah Datuk Johari ialah seorang yang lebih mementingkan status daripada tali kekeluargaan manakala Papa ialah seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Contohnya, Datuk Johari berasa malu untuk menerangkan kepada orang lain bahawa Hilmi merupakan anak saudaranya dan bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Hal ini disebabkan Hilmi merupakan seorang pemuda kampung dan bersekolah setakat darjah empat sekolah Melayu. Manakala, Papa pula seorang yang mementingkan ikatan kekeluargaan. Buktinya ialah Papa membawa Mak Cik Noraini yakni sepupunya tinggal dengannya selepas kematian suami dan anak-anaknya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam raya suatu ketika dahulu. Walaupun Mak Cik Noraini berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai pembantu rumah namun Papa menganggapnya sebagai ahli keluarganya.
Perbezaan
yang lain antara dua watak ini ialah pegangan agama mereka. Papa merupakan
seorang yang mengamalkan ajaran agamanya dan tidak meninggalkan solatnya.
Buktinya, dia dan Intan Julia, anaknya pergi menjenguk Intan Maliana di
biliknya selepas menunaikan solat Maghrib. Papa atau Jeffri juga menyuruh Intan Julia mengerjakan solat Asar sebelum mereka pergi bermain tenis di Kelana Jaya. Situasi ini berbeza dengan Datuk
Johari dalam novel Konserto Terakhir. Datuk Johari pula seorang yang
mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam. Dia tidak bersolat
dan mempunyai sebuah bar mini di rumahnya. Dia juga tidak menyuruh isteri dan anaknya bersolat.
Sumbangan : Gloria Su Mi-Li (WMSKL, 5W)
Sumbangan : Gloria Su Mi-Li (WMSKL, 5W)
(b) Watak sampingan banyak mempengaruhi perjalanan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda
kaji, huraikan tiga perwatakan watak
sampingan. (8 markah)
Novel yang saya kaji ialah novel
Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Pengarang telah memperkenalkan
pelbagai watak sampingan dalam novel ini supaya perjalanan cerita menarik.
Antara watak sampingan termasuklah Datin Salmah, Datuk Johari dan Mamat.
Datin Salmah merupakan ibu Hayati dan
isteri Datuk Johari. Antara perwatakan Datin Salmah ialah dia seorang yang ego
dan sombong. Sebagai contoh, dia berasa terhina sekiranya orang tidak
membahasakan dirinya ‘datin’ apabila bersapa atau berbual dengannya. Buktinya,
Datin Salmah menegur Hilmi, anak saudara suaminya, Datuk Johari dengan sombong
apabila Hilmi membahasakannya ‘mak cik’. Hal ini telah jelas menunjukkan bahawa
Datin Salmah merupakan seorang yang ego lagi sombong dalam novel ini.
Datuk Johari merupakan ayah Hayati
dan suami Datin Salmah. Antara perwatakan Datuk Johari ialah dia seorang yang
tidak bertanggungjawab. Hal ini dapat dibuktikan apabila Datuk Johari telah meninggalkan
isteri pertamanya pada malam pengantin. 19 tahun yang lalu, Datuk Johari telah
meninggalkan kampungnya di Kedah bersama surat cerai untuk isterinya pada malam
pengantin dan terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Hal ini turut membuktikan bahawa
Datuk Johari merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup
menceraikan dan meninggalkan isterinya tanpa meninggalkan sebarang pesanan
pun.
Mamat merupakan drebar Dr. Nathan,
jiran Datuk Johari dan Datin Salmah yang berasal dari Kelantan. Antara
perwatakan Mamat termasuklah dia seorang yang suka membantu. Tamsilnya, Mamat
telah mencadangkan kepada Hilmi supaya belajar muzik daripada mana-mana guru
kerana dia merasakan bahawa Hilmi memiliki bakat dalam bidang muzik dan dapat
bermain piano dengan baik. Mamat juga telah memperkenalkan Hilmi kepada Encik
Bakar, seorang pemimpin ‘quartet’ di Hotel Titiwangsa yang sudi mengajar dan
melatih Hilmi supaya menjadi pemain muzik yang tersohor. Hal ini turut
menunjukkan bahawa Mamat sememangnya seorang yang suka membantu dan sikap suka
membantu Mamat telah memberikan kejayaan Hilmi.
Novel Papa, karya Deanna Yusof
1. Papa (Encik Jeffri)
Bapa
Intan Julia, suami Mama (Intan Maliana) - seorang yang sayang kepada isteri. Buktinya,
Papa berulang-alik ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjenguk
Intan Maliana yang koma setiap hari selama bertahun-tahun. Papa tidak pernah
berasa bosan menemani isteri kesayangannya semasa dia koma, malah Papa sentiasa
bersembang dengan Mama dan melaporkan kejadian harian kepada Mama seolah-olah Mama
sedang mendengar. - Menunjukkan bahawa Papa seorang yang menyayangi isterinya.
2. Mama (Intan Maliana)
Ibu Julia,
isteri Papa (Encik Jefrri) - Seorang yang sanggup berkorban untuk suami. -
Buktinya, Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua untuk memenuhi kehendak
suaminya, Encik Jeffri. Walaupun mengetahui bahawa dia besar kemungkinan
akan mengalami komplikasi kali kedua, Mama tetap mangambil risiko untuk
melahirkan anak kembar siamnya supaya hasrat Encik Jeffri untuk mendapatkan
anak lagi tercapai. - Menunjukkan bahawa Mama seorang yang sanggup berkorban
untuk suaminya.
3.
Mak Cik Noraini
Pembantu rumah Encik Jeffri sekeluarga. -
seorang yang prihatin. - Sikap prihatin Mak Cik Noraini
ditunjukkan apabila Mak
Cik Noraini berasa risau apabila menerima berita bahawa Mama
telah mengandung
kali kedua. Mak Cik Noraini menashati Intan Maliana supaya berfikir masak-masak
sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan anak kerana dia memahami
keadaan Intan Maliana. -
Menunjukkan bahawa Mak Cik Noraini sememangnya
berprihatin terhadap Intan Maliana.
Sumbangan: Elaine Khoo (5P, WMSKL)
No comments:
Post a Comment