i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan
CONTOH PENDAHULUAN
1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...
2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim
CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah...
3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini.
CONTOH ISI TERSURAT
I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
CONTOH ISI TERSIRAT
I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan
CONTOH PENUTUP
I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar / supaya
Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.
FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )
Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................
Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan ………… S6……………………
Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalah………………T1………………................. (dan)……………............. T2 ................................................
Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )
CONTOH JAWAPAN RUMUSAN
Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya
Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.
Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.
Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban.
Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut.
(120 patah perkataan)
Thank you so much for this!!!
ReplyDeletetq!!!!!!!!
ReplyDeleteNow I can understand better , I hope I can at least score a B in this subject.
ReplyDeletehonestly same
Deletethanks.....
ReplyDeleteWahhh , tak payah pkai penanda wacana banyak2 kann ? ♥ LOVE THIS !
ReplyDeleteHmm but 28 or 30 marks for this ?
ReplyDeleteTERIMA KASIH...DAH TAHU FORMAT NAK BUAT MACAM MANA...
ReplyDeleteTHANKS . . . . da tahu nak wt cm ane....
ReplyDeleteMne dpt info tntg petikan yg isu pmerdagangan manusia ini mguntungkan tu.dr laman web atau buku rujukan yg mna?
ReplyDeletewaaa like it !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Terima kasih daun keladi :DDDD
ReplyDeleteLove it
ReplyDeleteterbaik!!!
ReplyDeletebest.. pasni senang la nak buat rumusan.. nak copy yer.. ;)
ReplyDeleteterima kasih dah tahu format membuat rumusan .........πππ
ReplyDeleteCikgu saya nk tanya,bolehkah kita menggunakan cara lain dlm membuat pendahuluan, contohnya :
ReplyDeleteRumusan membincangkan punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran komsas dan langkah mengatasinya.
Mohon pencerahan drpd ckgu,tq
boleh jer
Deletetak boleh, punca kene tukar faktor atau kesan
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThank you so much
ReplyDeleteNow I can understand
Thank you so much
ReplyDeleteNow I can understand
ap mksud kata tugasan s dan kata tugasan t tu?
ReplyDeleteKalau la buat 1 perenggan panjang rumusan dpt markah ke x eh?
ReplyDeletex boleh sbb nnti boleh dpt 0
DeletePerlukah saya menulis arahan kedua pada pendahuluan iaitu "kesan-kesan mengatasinya"?
ReplyDeleteTerima kasih baru saya faham bentuk menjawab
ReplyDeleteTerima kasih. Sekarang saya faham cara menjawab. π
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya nak tanya cikgu dalam rumusan, pendahuluan,bolehkah saya guna rumusan ini membincangkan atau kena guna petikan ini membincangkan...harap cikgu dapat menjawab soalan saya dengan membalas email saya kat charlie_kho@hotmail.com..
ReplyDeleteTerima kasih....
Tersenyum sampai ketelinga saya baca format rumusan cikgu ni, TERIMA KASIH BANYAK BANYAK ♡
ReplyDeleteTerima kasih cikgu .. Semoga apa yang saya screenshot Di halalkan dan saya berdoa agar Cikgu Anelyza mendapat rahmat .. Amin
ReplyDeleteThank you soo much teacher
ReplyDeleteThank❤
ReplyDeleteThankyou✅
ReplyDeletetq psl rumusan ni π sbb klu psl rumusan ni sy cpt lupa sikit skng dh ade blog cm ni snng tuk sy nk rujuk dan snng nk ulangkajiπ
ReplyDeleteterima kasih banyak-banyak untuk perkongsian ilmu ini :).
ReplyDeleteThank
ReplyDeleteThank
ReplyDeleteTerima kasih bnyak² utk perkongsian..& sgt mbantu sya utk mbuat tugasan..
ReplyDeleteMake rumusan be Ez
ReplyDeleteTerime kasih sekarang baru faham nk buat macam mane
ReplyDeleteTerima kasih sekarang baru faham nak buat macam mana
ReplyDeleteSya mmg tak berseni bab tulisan ni π
ReplyDelete