Tuesday, September 8, 2009

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

91 comments:

  1. Replies
    1. Ada kesalahan ejaan perenggan ketujuh Dari bawah baris nombor Lima "skiranya" INI adalah kesalahannya

      Delete
    2. Aku sorang je ke dari 2021 huhuhu

      Delete
  2. Cikgu, saya pelajar dari sabah..tahun ini saya bakal menduduki peperiksaan pmr 2010..cikgu, saya ada masalah tentang karangan bahasa melayu saya..pada mulanya karangan saya merupakan karangan yang terbaik di dalam tingkatan 3 di sekolah saya..sayalah jaguh bm ketika itu..tetapi sejak akhir-akhir ini karangan saya mula merosot..maksud saya di sini ialah penguasaan saya terhadap subjek ini adalah minimum..saya sedar bahawa saya kurang membuat ulangkaji subjek bm..akan tetapi,saya sedang cuba sedaya-upaya untuk meningkatkan kembali prestasi subjek bm..insya allah saya boleh skor A dalam pmr..markah saya dahulu tak pernah jatuh dari 86 dan ke atas..tapi baru-baru excel 2 ini saya dapat hanya 80...saya sangat sedih dan hampa..saya gementar sangatlah cikgu..saya segan nak beritahu guru bm saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa patah perkataan karangan ni ye

      Delete
    2. Lain kali jgn riak..kang dh terima balasannye

      Delete
    3. Jangan terlalu bimbang atau kecil hati kerana kegagalan merupakan batu loncatan demi mengapai kejayaan dan kefalahan.

      Delete
  3. salam cikgu..sya calon persendirian.. sya ada masalah dlam karangan sya..sya tidak thu format terkini,sya sekrang bekerja sbg anggota tentera..sya perlukan nasihat dari cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam cikgu...sy pon calon persendirian....spm terakhir saya tahun 2001...minta tunjuk ajar cikgu...terima kasih...

      Delete
    2. too bad honey

      Delete
  4. salam cikgu, mohon share karangan ini ya..terima kasih cikgu....

    ReplyDelete
  5. mari terus cintai tanah air tumpah darah kita, Indonesia.

    ReplyDelete
  6. Cikgu yang ni karangan spm ke?

    ReplyDelete
  7. terima kasih cikgu
    harap karangan cikgu dapat menolong dalam penulisan saya

    ReplyDelete
  8. terima kasih cekgu ....harap info ini dapat membantu saya berdepan dengan anak saya yang selalu bertanya tentang tajuk ini ........

    ReplyDelete
  9. karangan ini memuaskan..terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  10. maaf cikgu, knapa krngan cikgu saya baca tiada ksmpulan dlm stiap prnggan?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Saya berterima kasih dgn cikgu kerana menyediakan karangan yg menarik sehingga sya dpt menguasai subjek bhs mly dgn baik serta sya dpt markah yg tinggi didalam kelas

    ReplyDelete
  13. Banyak membantu 😊 thankyou cikgu

    ReplyDelete
  14. Terima kasih, cikgu! Krgn ni byk mmbntu sy buat keje sejarah :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih, cikgu! Krgn ni byk mmbntu sy buat keje sejarah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, cikgu! Krgn ni byk mmbntu sy buat keje sejarah

      Delete
  16. Terima kasih, cikgu! Krgn ni byk mmbntu sy buat keje sejarah :)

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. hebatlah cikgu.cantikkkkk punya karangan.terima kasi tolong saya menyiapkan kerja sekolah saya.

    ReplyDelete
  20. cikgu sye lemah sikit lah nk buat karangan ni ...blh mintk tlong ajar kan sye buat karangan?? sbb thun ni sye SPM ...

    ReplyDelete
  21. Terima kasih cikgu karangan ini memebantu saya utk menyiap kerja rumah saya

    ReplyDelete
  22. assalam cikgu.... sy nk guna karangan ckgu untuk membuat majalah sekolah.. terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  23. SAYA COPY YAA. TQ;)

    ReplyDelete
  24. Cuba ke http://ibnusahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Cuba ke http://ibnusahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. Cuba ke http://ibnusahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. mohon benarkan copy ye cg trima kasih..

    ReplyDelete
  28. Tq teacher this essay help me when im in trouble

    ReplyDelete
  29. thank kerana share,cikgu....semua ini dpt membantu saya untk ulang kaji

    ReplyDelete
  30. thank kerana share,cikgu....semua ini dpt membantu saya untk ulang kaji

    ReplyDelete
  31. hebat ah karangan sangat mantap kerana adanya keseimbangan dalam setiap petikan

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu pada kami..

    ReplyDelete
  33. Sekiranya bukan skiranya penggunaan bahasa yang salah ini perlu diperbaikikan

    ReplyDelete
  34. Replies
    1. Hello Chandran saya merupakan pelajar persendirian boleh saya tanya tentang format SPM 2021

      Delete
  35. Assalamualaikum cikgu tolong bantu saya dalam karangan saya calon persendirian kini saya berkerja sebagai staff. Saya kurang mahir dalam bina karangan

    ReplyDelete
  36. Cikgu... klau ni boleh pkai untuk ulbs tak?

    ReplyDelete
  37. terima kasih cikgu atas perkongsian karangan ini😌

    ReplyDelete
  38. Salam ckgu..sy mohon share krgn ini utk anak sy.tqvm ckgu

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih

    ReplyDelete