Tuesday, September 1, 2009

PERIBAHASA DALAM KARANGAN

1. menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

2. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

3. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

4. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.

5. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak.

6. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut.

7. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” gagal diaplikasikan dalam kalangan

8. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

9. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera.

10. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

11. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk.

11. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

12. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

13. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

4 comments:

  1. Cikgu, bagaimanakah menulis karangan yang bertajuk 'kebaikan kempen tanpa beg plastik'??

    ReplyDelete
  2. Cikgu macam mana nak buat karangan peranan masyarakat dan kerajaan dalam menjaga alam sekitar.Isi dia mengurangkan penggunaan bahan yang sukar dilupuskan(peranan masyarakat) dan mengetatkan kuat kuasa undang-undang(peranan kerajaan)

    ReplyDelete