Sunday, September 6, 2009

KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

41 comments:

  1. Salam 1Malaysa cikgu,
    Saya sudah membaca tulisan dalam blog cikgu dan saya sangat bangga dengan usaha murni seperti ini. Saya pasti pelajar mendapat manfaat daripada blog cikgu. Teruskan kecemerlangan.

    Daripada,
    Cikgu Juilis Mokujal
    SMK.Narinang,
    Kota Belud, Sabah
    http:www.komsasspm.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. thnks bagi tunjuk ajar
      saya dari kolej university islam antarabangsa selangor

      Delete
    3. Cg BM sye kata setiap minggu kena tulis 2 karangan sehingga akhir tahun nii...so every week i need ur help teacher....x kesah tajuk karangan cg....tajuk ape² pun blh

      Delete
  2. Terima kasih cikgu.Saya dah semakin yakin dengan penulisan karangan.


    Daripada,
    John Yeo,
    SMK Siburan,Kuching.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..saya suka sangat koleksi2 karangan contoh cikgu ini..Terima kasih cikgu..:)

    ReplyDelete
  4. Cikgu saya amat kagum dengan usaha cikgu. Izinkan saya menggunakan karangan-karangan daripada blog cikgu sebagai bahan bacaan tambahan untuk murid-murid saya.T. kasih.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cik gu. Anak saya mendapat menafaat dari hasil tulisan cik gu.

    ReplyDelete
  6. terima kasih cikgu..... bahasa yang digunakan amat dramatis dn kritis..... saya kagum sangat dengan cikgu....... saya harap cikgu tidak kisah kalau saya ambil sedikit daripada penggunaan ayat cikgu yang begitu hebat........

    ReplyDelete
  7. Useful tips.terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak-banyak cikgu. sangat menarik karangan ini. karangan ini sangat berguna untuk aku................................................

    ReplyDelete
  9. terima kasih cikgu...karangan ini sgt bagus dn amat bermanfaat bagi sye.. sye berharap sye akan buat karangan bagus seperti ini.. :)

    ReplyDelete
  10. saya amat bangga dan ini amat sesuai untuk semua pelajar khususnya kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PT3 atau SPM.in shaa allah

    ReplyDelete
  11. Karangan ini banyak memberi tips dan isi penting dalam isi karangan..

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih cikgu , saya dapat Banyak tips untuk membuat karangan . Sekarang saya berasa semakin yakin untuk membuat dan menjawab karangan . Terima Kasih sekali lagi cikgu

    ReplyDelete
  13. Karangan cikgu sgt baik dn gramatis....

    ReplyDelete
  14. Izinkan saya pinjam karanga cikgu.... Kerana ayat cikgu sgt gramtis dn sempurna... Terima kasih cikgu!!! 😘😍

    ReplyDelete
  15. terima kasih cikgu..karangan cikgu amat membantu saya dan rakan2..saya copy yaa cikgu..terima kasih..



    ReplyDelete
  16. Terima kasih banyak-banyak.....cikgu

    ReplyDelete
  17. Terima kasih cikgu...Cikgu telah membantu saya untuk membuat folio sejarah....Terima kasih banyak-banyak....😊😊😊😊

    ReplyDelete
  18. Terima kasih cikgu...Cikgu telah membantu saya untuk melakukan folio sejarah...Terima kasih banyak-banyak cikgu...��������������

    ReplyDelete
  19. tterima kasih 🏳️😘

    ReplyDelete
  20. saya berumur 50,termina kasih kerana menulis karangan kerana saya menduduki spm tada tahun ini

    ReplyDelete
  21. saya berumur 50,termina kasih kerana menulis karangan kerana saya menduduki spm tada tahun ini

    ReplyDelete
  22. Yasmin
    MRSM TAIPINGπŸ˜πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  23. wow ia sgt sesuai ngan oral saya thx penulis

    ReplyDelete
  24. Terdapat yang cikgu tulis ini dpt tolong saya untuk penyartaan masalah yang disediakan oleh saya

    ReplyDelete
  25. terima kasih pn.mohon halalkan hasil-hasil karangan sebagai latihan ulangkaji dalam pdpc. semoga Allah memberkati usaha pn dunia akhirat.aamiin.

    ReplyDelete
  26. this is more usefull to me during this pandemic

    ReplyDelete
  27. guna sangat untuk pelajaran saya

    ReplyDelete