Tuesday, January 28, 2014

TEKNIK MENGHURAIKAN ISI



TEKNIK IMBaKUP

I = Isi (apa) - (1 ayat)
M = Mengapa - (3 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat)
P = Penegas (1 ayat)

CONTOH TEKNIK IMBaKUP


TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial


Isi: 
- memberikan didikan agama
Mengapa: 
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir
Bagaimana:   

1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah kemungkaran

Kesan: 
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik: 

Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” 
Penegas: 
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.

Contoh perenggan isi yang lengkap

Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” Izharlah bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.

PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA

1.      Isi pertama:
-          Salah satu langkah yang signifikan ialah ...
-          Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah

2.      Isi yang seterusnya:
-          Selain itu,
-          Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …
-          Seperkara lagi,
-          Pada masa yang sama,
-          Meninjau dari skop yang lebih luas,
-          Dari kaca mata yang lain,
-          Di samping itu,
-          Sementara itu,
-          Lebih-lebih lagi,
-          Seperkara lagi,

3.      Penanda wacana MENGAPA
-          Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana
-          Hal ini berlaku / terjadi kerana
-          Hal ini disebabkan oleh
-          Hal ini wujud akibat daripada
-          Hal ini bersangkut-paut dengan
-          Hal ini berpunca daripada
-          Hal ini tercetus apabila
-          Hal ini timbul apabila
-          Dalam konteks / hal ini

* * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena

4.      Penanda wacana CONTOH:
-          Tamsilnya,
-          Buktinya,
-          Hal ini dapat kita lihat
-          Misalannya,
-          Contohnya / Sebagai contoh,
-          Misalnya,
-          Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh
-          Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
-          Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

5.      Penanda wacana KESAN CONTOH
-          Sehubungan dengan itu,
-          Ekoran daripada peristiwa / isu itu,
-          Rentetan daripada hal itu,
-          Lanjutan daripada ....,
-          Implikasinya / impaknya,
-          Kesannya,
-          Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)

6.      Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA
-          bak / persis kata peribahasa, .......
-          bak / persis kata peribahasa Melayu, ............
-          bak / persis kata orang tua-tua, ...........
-          bak / persis kata mutiara, .........
-          bak / persis kata peribahasa, ............
-          bak / persis kata cendekiawan, .............
-          Hal ini sama dengan peribahasa ..........
-          Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
-          Fenomena ini dikatakan
-          Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

7.      Penanda wacana PENEGAS:
-          Ringkasnya
-          Tegasnya,
-          Izharlah bahawa
-          Sesungguhnya,
-          Pendek kata,
-          Jadi, 
-     Oleh itu,

27 comments:

  1. Cikgu minta dibuat bhn rujukan untuk ujian dan untuk di kongsikan dengan kawan-kawan

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cikgu , saya nak minta kebenaran nak print nota2 cikgu sebagai rujukan boleh ? nota2 yang cikgu kongsikan amat bermanfaat untuk saya . terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  3. MINTA KEBENARAN CG UTK SAYA CETAK UTK RUJUKAN MURID

    ReplyDelete
  4. minta izin untuk dijadikan panduan...terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  5. minta kebenaran utk cetak rujukan ni

    ReplyDelete
  6. minta kebenaran ya cikgu untuk rujukan para pelajar saya..terima kasih.

    ReplyDelete
  7. minta kebenaran ya cg untk trial spm saya

    ReplyDelete
  8. saya nak minta kebenaran cetak teknik ini untuk kegunaan SPM saya. terima kasih

    ReplyDelete
  9. Minta halal ilmu yang dikongsikan ni yaa

    ReplyDelete
  10. Cg cuba buat untuk tajuk langkah untuk menyemarakkan lagi perpaduan antara kaum

    ReplyDelete
  11. Cg saya minta kebenaran utk gunakan tips ini sbg bahan rujukan

    ReplyDelete
  12. Cikgu saya minta kbnrn untuk gunakan kaedah ini sbg bahan pengajaran saya kpd pelajar..

    ReplyDelete
  13. memang terbaik lah isi perkembangan

    ReplyDelete
  14. Mohon share cikgu terima kasih

    ReplyDelete
  15. Minta kebenaran sbgai rujukan.. thank you cikgu

    ReplyDelete