TEKNIK IMBaKUP
I = Isi (apa) - (1 ayat)
M = Mengapa - (3 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat)
P = Penegas (1 ayat)
CONTOH TEKNIK IMBaKUP
TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala
sosial
Isi:
- memberikan didikan agama
Mengapa:
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir
Bagaimana:
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf
nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah kemungkaran
Kesan:
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat
dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik:
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan
lumpuh.”
Penegas:
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap
Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis
anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat
dalam gejala sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan
lumpuh.” Izharlah bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
PENANDA
WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA
1.
Isi pertama:
-
Salah satu
langkah yang signifikan ialah ...
-
Salah
satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah
2.
Isi yang seterusnya:
-
Selain itu,
-
Jika kita lihat / tinjau / kaji dari
sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …
-
Seperkara lagi,
-
Pada masa yang sama,
-
Meninjau dari skop yang lebih luas,
-
Dari kaca mata yang lain,
-
Di
samping itu,
-
Sementara
itu,
-
Lebih-lebih
lagi,
-
Seperkara lagi,
3.
Penanda
wacana MENGAPA
-
Hal ini dikatakan / berlaku demikian
kerana
-
Hal ini berlaku / terjadi kerana
-
Hal ini disebabkan oleh
-
Hal ini wujud akibat daripada
-
Hal ini bersangkut-paut dengan
-
Hal ini berpunca daripada
-
Hal ini tercetus apabila
-
Hal ini timbul apabila
-
Dalam konteks / hal ini
* * *
‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena
4.
Penanda
wacana CONTOH:
-
Tamsilnya,
-
Buktinya,
-
Hal ini dapat kita lihat
-
Misalannya,
-
Contohnya / Sebagai contoh,
-
Misalnya,
-
Biar
kita lihat/ Biar kita ambil contoh
-
Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
-
Contoh
yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah
5.
Penanda
wacana KESAN CONTOH
-
Sehubungan dengan itu,
-
Ekoran daripada peristiwa / isu itu,
-
Rentetan daripada hal itu,
-
Lanjutan daripada ....,
-
Implikasinya / impaknya,
-
Kesannya,
-
Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)
6.
Penanda
memulakan atau memasukkan PERIBAHASA
-
bak / persis kata peribahasa, .......
-
bak / persis kata peribahasa Melayu,
............
-
bak / persis kata orang tua-tua,
...........
-
bak / persis kata mutiara, .........
-
bak / persis kata peribahasa,
............
-
bak / persis kata cendekiawan, .............
-
Hal ini sama dengan peribahasa
..........
-
Senario ini persis dengan peribahasa
Melayu, yakni .......
-
Fenomena ini dikatakan
-
Masalah ini sama dengan peribahasa
...........
7.
Penanda
wacana PENEGAS:
-
Ringkasnya
-
Tegasnya,
-
Izharlah
bahawa
-
Sesungguhnya,
-
Pendek
kata,
-
Jadi,
- Oleh
itu,
Cikgu minta dibuat bhn rujukan untuk ujian dan untuk di kongsikan dengan kawan-kawan
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu , saya nak minta kebenaran nak print nota2 cikgu sebagai rujukan boleh ? nota2 yang cikgu kongsikan amat bermanfaat untuk saya . terima kasih cikgu :)
ReplyDeleteBolehh
DeleteBolehh
DeleteMINTA KEBENARAN CG UTK SAYA CETAK UTK RUJUKAN MURID
ReplyDeleteminta izin untuk dijadikan panduan...terima kasih cikgu
ReplyDeleteminta kebenaran utk cetak rujukan ni
ReplyDeleteminta kebenaran ya cikgu untuk rujukan para pelajar saya..terima kasih.
ReplyDeleteminta kebenaran ya cg untk trial spm saya
ReplyDeletesaya nak minta kebenaran cetak teknik ini untuk kegunaan SPM saya. terima kasih
ReplyDeleteMinta halal ilmu yang dikongsikan ni yaa
ReplyDeleteTerima kasih cg share tips ni
ReplyDeleteCg cuba buat untuk tajuk langkah untuk menyemarakkan lagi perpaduan antara kaum
ReplyDeleteCg saya minta kebenaran utk gunakan tips ini sbg bahan rujukan
ReplyDeleteCikgu saya minta kbnrn untuk gunakan kaedah ini sbg bahan pengajaran saya kpd pelajar..
ReplyDeleteMohon share cg....tq
ReplyDeletemohon share.....terima kasih
ReplyDeletememang terbaik lah isi perkembangan
ReplyDeleteMohon share cikgu , terima kasih
ReplyDeleteMohon share cikgu , terima kasih
ReplyDeletegood
ReplyDeleteMohon share cikgu terima kasih
ReplyDeleteMohon share. Terima kasih
ReplyDeleteMohon kongsi ya.. terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih cg...
ReplyDeleteMohon share...ty
ReplyDeleteMinta kebenaran sbgai rujukan.. thank you cikgu
ReplyDelete