TEKNIK KCH
- 3 jenis ayat penting:
(a) Ayat KESIMPULAN ISI-ISI (penanda wacana penutup + kata
kunci (punca / kesan / langkah) + tema)
Contoh: Bulan semakin
terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah yang dapat diimpelmentasikan oleh (sasaran) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang bahagia
(b)
Ayat
cadangan (…perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya)
Contoh: Namun begitu, obligasi untuk menangani masalah
jenayah di negara kita tidak seyogianya
diletakkan atas pundak kerajaan sahaja. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal
batasan usia dan warna kulit perlulah
bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menangani
masalah ini hingga akar umbi. / Kita haruslah
berganding bahu dan menggembleng tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung
Everest, seluas Banjaran Himalaya, sedalam Jurang Mariana dalam
membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
(c) Ayat harapan. Contoh:
-
Komitmen padu daripada semua pihak
diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak
akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.
-
Diharapkan impian negara untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi
realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
-
Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian
negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi kenyataan dan sekali
gus Wawasan 2020 dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan Malaysia dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara gergasi di
persada antarabangsa.
-
Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat
merealisasikan impian untuk mencapai tahap negara kelas pertama seperti kata falsafah
Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita
lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap
sama.
-
Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan
hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung (semangat
rajin bekerja) / biar putih tulang, jangan putih mata (semangat berjuang
bersungguh-sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah
cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!
- Penanda wacana ayat penutup karangan
(a) Sebagai intiha,
(b) Akhir kalam / Akhirulkalam,
(c) Sudah terang lagi bersuluh bahawa…
(d) Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa…
(e) Secara tuntasnya,
(f) Sebagai konklusinya
(g) Berdasarkan
cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan
bahawa
f) Sebagai
penghias bicara akhir,
g) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
g) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
CONTOH 1 - Pengaruh
luar yang dihadapi oleh remaja
Secara analoginya, bayang kian jelas bahawa
terdapat banyak pengaruh luar yang dihadapi oleh para remaja di negara kita.
Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah ini. Tindakan mengharapkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan
masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi. Jika masalah pengaruh luar dalam kalangan remaja dapat
dihapuskan, remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara dapat melaksanakan tanggungjawab
dan obligasi masing-masing untuk memacu pembangunan negara. Jika remaja kita
tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala
aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak menjadi realiti.
Oleh sebab itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta
melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri
sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Secara implisitnya,
negara kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara
maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej negara juga akan harum di
persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama
kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal
utuh jika akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan
lenyap.”
CONTOH 2 - Peranan
ibu bapa untuk mendidik anak menjaga kebersihan
Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan
semakin terang, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan. Anak-anak
apabila diajar erti kasih sayang, mereka akan mengasihi. Apabila diajar erti
kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab dan apabila diajar erti
kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa
menjadi rujukan dan terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-anak.
Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding jari kepada ibu bapa sahaja
untuk memikul tanggungjawab ini. Semua pihak seyogianya bekerjasama ibarat ke
buki sama didaki, ke lurah sama dituruni supaya remaja di negara kita dapat
mementingkan kebersihan pada masa hadapan. Amalan kebersihan ini amatlah
penting bagi seseorang individu, sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara.
Sebuah negara yang maju berakarkan masyarakat yang sihat dan cergas. Oleh itu,
remaja yang merupakan aset negara dan bakal menerajui pemerintahan negara
haruslah mementingkan kebersihan di negara kita. Nelson Mandela pernah berkata,
“Jika hendak melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya.” Jika remaja
kita mementingkan kebersihan dalam kehidupan maka negara kita akan disegani
oleh negara lain lantas menjadi terkenal di seantero dunia.
Assalamualaikum, singgah baca entri di sini cikgu dan follow juga. Jemput ke blog saya juga ya. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Thanks for the really helpful info! I will apply it in my essays. :D
ReplyDeletetq
ReplyDeleteit was awesome ..!!
ReplyDeleteit was awesome ..!!
ReplyDeleteterima kasih banyak banyak ye 😍😍😍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHaha
Delete{ Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.}
ReplyDeletebukan ke KOMITMEN PADU DIHARAPKAN DARIPADA SEMUA PIHAK UNTUK mencapai visi kudsi.......
Terima kasih..saya kongsikan dapatan ini bersama pelajar-pelajar saya. terima kasih cikgu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks to cikgu anelyza sebab bagi input menarik ... salam sayang dari saye <3
ReplyDeleteBole tahan...
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat :)
ReplyDeletetk berguna
ReplyDeleteLain cg,, lain cara mengajar.. Kalau rasa tak berguna ikut sakalah ajaran yg kau lebih suka..
Deletetu lah
DeleteTerima kasih atas maklumat ini boleh la saya buat karangan saya sendiri semasa dalam peperiksaan SPM nanti 😊😊
ReplyDelete🙆🙆🙆
ReplyDeletetq so much 🤩🤗
ReplyDeletepower word 😎😎
ReplyDeleteTerima kasih byk2....
ReplyDeleteSaya suka idea yg diberi ni
ReplyDeleteGreat
ReplyDeleteSangat membantu dalam membina karangan
ReplyDeleteTerima kasih;)
ReplyDeleteTerima kasih tips ini sangat membantu:-D
ReplyDeleteTerima kasih tips ini sangat membantu:-D
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteOK BOOMER.
ReplyDeleteyoko
Deleteterima kasih cg 😄
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteBAGUSNYA !!!!! THANK U SHARING
ReplyDeleteReally best..thank you
ReplyDeleteNak penutup untuk cerpen
ReplyDeleteTerima kasih banyak 2 yer.kalau ni take, astaghfirullah susah lah jawabnye.😄😄😄
ReplyDeleteTerima kasi, pandai dah buat perenggan akhir
ReplyDeleteThanks..sgt membantu dan cpt dpt idea..gomawo ����
ReplyDeletereally useful
ReplyDeleteBloody frickin genious!
ReplyDeleteMintak izin ,tadi sy ada copy
ReplyDeleteminta izin, saya ambil ayat awak utk dijadikan rujukan..terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih ikgu atas perkongsian ilmu..minta izin saya gunakan
ReplyDeletePemgganguran graduan
ReplyDeleteTq so much
ReplyDeleteT.kasih
ReplyDeleteMinta izin perkongsian yer. Terima kasih
ReplyDeleteThank you
ReplyDelete