Monday, January 13, 2014

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (TIA / ITA) (5K, 5L, 5W, 5P)

T = TEMA
I = ISU
A = ARAHAN

CONTOH TEKNIK 'TIA'


TAJUK: Punca gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja

(TEMA) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan  retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (ISU) Malangnya, dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah masalah pembuangan bayi. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini  tetapi usaha ini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (ARAHAN) Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

CONTOH TEKNIK 'ITA'

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mementingkan kebersihan

(ISU) Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat kita. Antara cabaran dan rintangan itu ialah kebersihan rakyat di nusa tercinta ini. Pada zaman modenisasi dan globalisasi ini, rakyat di negara kita sangat sibuk mencari kemewahan hidup demi memenuhi tuntutan duniawi sehingga mengabaikan kesihatan mereka. Sikap mereka ini telah membawa pelbagai jangkitan penyakit seperti HINI, demam denggi, taun dan sebagainya. (TEMA) Mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah berkata bahawa untuk melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan proaktif, kebersihan perlu dititikberatkan. Hadis Nabi juga menekankan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Hal ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia. Tanpa kebersihan, manusia tidak akan dapat menjalani kehidupan yang selesa dan sempurna. (ARAHAN) Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dominan untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian kerana kebersihan haruslah bermula dari rumah dahulu. Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar modal insan yang mementingkan aspek kebersihan dapat dilahirkan?

  •   Contoh penanda  wacana ayat ISU :
-          Namun begitu,
-          Akan tetapi,
-          Walau bagaimanapun
-          Sayang seribu kali sayang,
-          Zaman beralih, musim bertukar, kini....
-          Memang tidak dapat dinafikan bahawa dewasa ini,
-          Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada
-          Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi,

  • Contoh ayat arahan PUNCA:
1.      Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa punca….
2.     Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.
3.      Persoalannya, apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?
4.    Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini?
  1.  Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh air di muara pasti bermula dari hulunya.  Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.
  2. Selain itu,benarlah kata orang kata bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 
  3. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata  / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. 
  4. Jadi, marilah kita meluangkan sekelumit masa untuk menghalusi punca yang menjadi pemangkin ...

 
  • Contoh penanda wacana ayat arahan LANGKAH
-          Oleh itu, langkah-langkah yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk...
-          Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.
-      Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara mengatasinya dalam kalangan remaja untuk membendung daripada kudis menjadi tokak.
-          Sebelum bisul menjadi nanah, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif, pragmatik dan penuh istiqamah untuk menangani kemelut ini kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.
-          Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur?
-          Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
-          Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab dan setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan.
-          Kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya.
-          Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa setiap kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang tidak mengenal erti jemu.


 FRASA PENDAHULUAN YANG MENARIK

-          Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang...
-          Mendepani arus era globalisasi ini,
-          Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …
-          Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
-          Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat
-          Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
-          Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
-          Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …
      - Dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia marcapada telah banyak    memberikan perubahan kepada negara kita. Pembangunan arus modenisasi tanpa limitasi terhasil daripada anjakan paradigma yang kian pesat membangun di negara kita. Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia dan habuan duniawi yang tidak mengenal erti puas ini, masyarakat / negara kita sering digemparkan dengan ........... 

 


1 comment: