Pada alaf baharu ini, ibu bapa diberikan
peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media
elektronik sering menyiarkan obligasi yang wajib dipikul oleh ibu bapa. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat hari ini selalu diberi perhatian oleh orang
ramai terutamanya kerajaan dalam hal yang bersangkut-paut dengan pembentukan
masyarakat penyayang. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat
penyayang amat penting sekali. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang
anggotanya mengamalkan sikap yang sayang-menyayangi, hormat-menghormati,
bantu-membantu, dan nilai murni yang lain. Masyarakat seperti ini menjadi
impian negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah pragmatik
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.
Peranan ibu bapa yang paling
signifikan ialah ibu bapa perlu memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Ibu
bapa seyogianya membesarkan
anak-anak dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.
Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal
ini kerana ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa dengan anak-anak
mereka pada alaf globalisasi ini.
Kasih sayang ibu bapa dapat dilihat melalui kesanggupan ibu bapa meluangkan
masa bersama dengan anak-anak. Pada masa itu, ibu bapa harus berkongsi masalah
anak-anak dan menjadi pendengar setia kepada setiap luahan hati anak-anak.
Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk
mengeratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran
serta ibu bapa. Dengan ini, bibit-bibit kasih sayang akan mekar dalam jiwa
anak-anak. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat
penyayang akan tercapai jua.
Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan
didikan agama yang sempurna kepada anak-anak semenjak kecil lagi bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akan tetapi, ibu bapa
kini terlalu mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan tanggungjawab
hakiki mereka dalam mencurahkan didikan
agama kepada nanak-anak. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa didikan
agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu,
ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap agama amat mementingkan hubungan baik dengan
Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar. Hai ini akan tercapai dengan adanya
nilai kasih sayang dalam kehidupan. Misalnya, mereka perlu menggalakkan
anak-anak mengikuti kelas agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang
penyayang. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik
kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah,
hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang penyayang akan menjadi kenyataan
pada suatu hari nanti melalui didikan agama yang teguh.
Seperkara lagi itu, ibu bapa
seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun
demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk seperti menjadi pendera,
perogol dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang penyayang
kepada anak-anak sejak kecil lagi seperti sering membawa anak-anak menziarahi
orang tua di kampung. Lama-kelamaan generasi muda akan mengikut tabiat yang
positif ini dan masyarakat penyayang akan dilahirkan. Ringkasnya, peranan ibu
bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang pada alaf
globalisasi ini.
Jika kita tinjau dari perspektif yang berbeza pula, ibu
bapa juga harus menjaga keharmonian rumah tangganya. Hal ini dikatakan demikian
kerana kerharmonian rumah tangga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia
dan hidup dengan penuh limpahan kasih sayang. Ikatan kasih sayang yang teguh
daripada ibu bapa sudah pasti dalam membentuk jiwa anak-anak dengan nilai kasih
sayang dan sekali gus mereka akan mencontohi sikap penyayang ibu bapa mereka
kerana kepimpinan melalui teladan. Ibu bapa seyogianya memastikan hubungan
kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang.
Hal ini dapat dipraktikkan dengan mengelakkan sebarang pergaduhan dan
pertengkaran di hadapan anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya
dan sentiasa menghormati pasangan hidup masing-masing. Dengan adanya sikap
toleransi dan hormat-menghormati ditambah lagi dengan kasih sayang maka impian
kita untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga haruslah melibatkan anak-anak
dalam aktiviti masyarakat. Ibu bapa seyogianya mendekatkan
anak-anak mereka dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan yang baik
dengan masyarakat. Dengan ini, anak-anak akan dapat mengenali ahli komunitinya
dengan lebih dekat lagi dan perasaan sayang akan timbul dalam sanubari mereka
kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta, sudah kenal baru jatuh cinta. Contohnya,
ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan
tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau di masjid. Bukan itu sahaja,
keprihatinan ibu bapa tatkala jiran kita ditimpa musibah dengan menghulurkan
sedikit sumbangan sama ada dari sudut fizikal, material dan sokongan sudah
tentu dapat membuka mata anak-anak untuk membuat perkara yang sama apabila
mereka dewasa kelak. Secara implisitnya, perasaan kasih sayang akan mekar dalam
kehidupan masyarakat kita. Sesungguhnya,
hubungan silaturahim yang erat mampu melahirkan masyarakat yang penyayang.
Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan mengharapkan ibu bapa semata-mata juga tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.”
Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan mengharapkan ibu bapa semata-mata juga tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.”
SALAM ... BOLEH TERANGKAN OBLIGASI?
ReplyDeleteobligasi bermaksud tanggungjawab
ReplyDeletekenapa prggan ketiga terakhir daa start pendek ehh?
ReplyDeletekenapa prggan ketiga terakhir daa start pendek ehh?
ReplyDelete