Monday, May 14, 2012

11. Peranan Masyarakat dalam Menangani Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja


Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja. Remaja kini semakin hilang ketahanan jiwa. Mereka mudah terpengaruh dan terjebak dengan segala macam kerosakan, maksiat dan budaya kuning. Mereka mudah hanyut mengikut arus. Mereka tidak ada pegangan dan pendirian. Mereka tidak mampu menangkis pengaruh yang jahat dan merosakkan. Mereka sukar membezakan yang batil dengan yang hak. Sebenarnya, banyak lagi punca yang menyebabkan remaja bertindak liar sekali gus mengamalkan gaya hidup yang negatif. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. Oleh itu, semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani kemelut sosial yang kian berleluasa dalam kalangan remaja kita kerana masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.

Isi 1 - mereka perlu memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita - perlu lebih proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka - sebagai contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan terlibat dalam gejala menagih dadah - jika terlihat remaja berkumpul dengan rakan sebaya dalam keadaan mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis ataupun paling tidak kepada ibu bapa mereka.-  menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang

Isi 2 - aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan -   contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong - apabila aktiviti berfaedah seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin padu menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif seperti mencuri di dalam taman perumahan mereka

Isi 3 - orang dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh anak-anak muda - andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.

Isi 4 - menegur atau membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka -  berani untuk menegur kelakuan sumbang remaja - menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat kepada remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan – tidak terbabit dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga -  sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu.

         Konklusinya, untuk memastikan remaja kita terselamat daripada terjebak dalam kancah sosial, pelbagai langkah dapat diambil oleh semua pihak. Semua strategi yang dirancang harus dilaksanakan dengan segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita melakukan apa-apa tindakan? Sudah tentu jawapannya tidak. Semuanya ini akan menjadi kenyataan sekiranya setiap rakyat bekerjasama bagi memastikan modal insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan.

26 comments:

  1. Karangan yg sgt menarik . Cuma boleh tak bykkan isi?? thx u so much!!

    ReplyDelete
  2. sy nk mntak izin nk copy untuk buat rujukan ye cikgu anelyza...:)

    ReplyDelete
  3. Saya mintak izin copy karangan ni ckgu anelyza..terima kasih cikgu..��

    ReplyDelete
  4. Mintak izin copy :) utk buat karangan

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hai. doakan saya dan kawan2 dapat straight A pt3 2016

      Delete
  6. cikgu, sya nk mintak izin copy .. terima kasih

    ReplyDelete
  7. cikgu, sya nk mintak izin copy .. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. doakan saya dan kawan2 dapat straight A pt3 2016

      Delete
  8. cikgu, sya nk mintak izin copy .. terima kasih

    ReplyDelete
  9. mohon untuk ambil isi sebagai rujukkan. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. doakan saya dan kawan2 dapat straight A pt3 2016

      Delete
  10. bagus karangan yang mantap , doakan saya dan kawan saya hanis sofea berjaya mendapat straight a pt3 2016 . saya bersekolah di sekolah menengah sains tuanku jaafar

    ReplyDelete
  11. Minta izin menggunakan idea isi karangan ini untuk kegunaan ujian lisan. Terima kasih

    ReplyDelete
  12. karangan yang sangat baik dan boleh digunakan untuk rujukan !

    ReplyDelete
  13. Ayat yg boombastik. Padat cuma panjangkn lagi isi. Mnta izin copy idea untuk rujukn. Tngtkn usaha anda! *sya jecisa dri lundu Sarawak. Calon spm . doakan saya😇

    ReplyDelete
  14. Ayat yg boombastik. Padat cuma panjangkn lagi isi. Mnta izin copy idea untuk rujukn. Tngtkn usaha anda! *sya jecisa dri lundu Sarawak. Calon spm . doakan saya😇

    ReplyDelete