Berdasarkan contoh-contoh di bawah, senaraikan watak dan perwatakan yang terdapat pada watak antagonis (HILMI) dan watak ANTAGONIS (DATIN SALMAH)
BAB 1
- Ketika guru muzik itu berpaling hendak menuju ke muka pintu, dia tergamam seketika kerana melihat seorang pemuda yang tingginya lima kaki lima inci tercegat di muka pintu itu. Rambut lelaki itu ikal sedikit dan matanya agak liar. Pakaiannya diperbuat daripada bahan kain yang murah dan pakaian itu agak lusuh. Seluarnya berkedut dan bajunya sudah hilang warna asalnya. Lelaki itu sudah tidak berkasut kerana kasut getahnya sudah ditinggalkannya di muka pintu. Di bawah ketiak kanan lelaki itu tersepit sebuah beg perjalanan yang tidak bertali. Guru muzik Hayati terkejut kerana dia menyangka anak muda itu orang jahat.
- Sekali lagi, Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai Hilmi. Dia membahasakan dirinya sebagai abang Hilmi dan mengatakan bahawa mungkin Hayati tidak mengenali dirinya. Hayati berasa agak hairan apabila Hilmi mengemukakan beberapa persoalan tentang dirinya. Akhirnya, Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai sepupu dengan Hayati, iaitu dia merupakan anak Pak Long Karim dari Kedah.
- Ketika itu, sebuah motokar berhenti di pekarangan rumah dan ibu Hayati yang berusia dalam lingkungan empat puluhan masuk. Ibu Hayati bertanya tentang kasut di muka pintu itu dengan perasaan marah, dia masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasutnya. Dia tidak mempedulikan Hilmi yang berdiri di sudut ruang tamu itu. Ibu Hayati mencampakkan beg kulitnya ke atas kerusi sambil memanggil Hayati dan bertanya tentang minuman yang terletak di atas meja. Apabila mata Datin Salmah bertembung dengan mata Hilmi, Datin Salmah bertanyakan Hilmi tentang dirinya dengan suara yang agak tinggi.
- Hilmi memperkenalkan dirinya dan bertanya sama ada orang di hadapannya itu ialah Mak Cik Salmah. Hal ini menyebabkan ibu Hayati tergamam kerana Hilmi tidak membahasakan dirinya sebagai Datin.
- Datuk Johari juga berasa tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumahnya kerana takut segala rahsianya terbongkar. Sebenarnya, Datuk Johari meninggalkan kampungnya di Kedah kerana bapanya memaksanya berkahwin dengan seorang gadis dari kaum keluarga mereka sebaik sahaja dia tamat School Certificate daripada Maktab Sultan Abdul Hamid dan bekerja sebagai kerani di pejabat pos besar. Jadi, pada malam pengantin itu, Datuk Johari meninggalkan kampung dan meninggalkan surat cerai kepada isterinya. Dia tidak pulang ke kampung itu kecuali semasa kematian bapanya kira-kira 17 tahun yang lalu.
- Datuk Johari mendapat tahu tujuan kedatangan Hilmi ke rumahnya adalah untuk mencari pekerjaan. Jadi, semasa di pejabatnya pada petang itu, Datuk Johari menelefon rakan-rakan karibnya yang bekerja dengan kerajaan dan swasta untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai untuk Hilmi yang hanya lulus darjah empat sekolah Melayu. Jawapan yang diperolehnya telah mengecewakannya. Akhirnya, Datuk Johari mengambil keputusan untuk meminta Hilmi menguruskan kebun di belakang rumah dan menjaga tanaman bunga yang terdapat di pekarangan rumah mereka.
- Pada petang itu juga, Hilmi nampak Mohsin, iaitu tunang Hayati yang menjawat jawatan tinggi di bank memandu motokar Volvo sport menghantar Hayati pulang.
- Hilmi berhenti melakukan kerja perkebunan itu apabila hari sudah lewat petang untuk menunaikan sembahyang Asar.
BAB 2
- Semasa makan, Hilmi juga dapat mengetahui latar belakang Pak Amat. Setelah itu, Hilmi bertanya kepada Pak Amat tentang tetamu di rumah Datuk Johari. Pak Amat memberitahunya bahawa mereka itu ialah saudara-mara Datin Salmah dan mereka selalu datang ke situ hampir setiap minggu. Mereka ialah abang Datin Salmah, iaitu Tan Sri Rahmat yang menjadi pegawai tinggi di sebuah perbadanan berkanun, kakak Datin Salmah, iaitu Siti Hajar dan anaknya Fatimah.
- Datin Salmah tidak begitu tenteram apabila mendengar kata-kata kakaknya, Datin Laila yang mengatakan bahawa sekiranya dia menjadi Datin Salmah, maka dia tidak akan membenarkan Hilmi tinggal di rumah itu kerana lambat-laun orang akan mengetahui juga bahawa Hilmi merupakan anak saudara Datuk Johari. Hilmi juga tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan menjadi tukang kebun. Selama ini, kaum keluarga mereka tidak ada yang menjadi tukang kebun.
BAB 3
- Hilmi sangat mengambil berat terhadap tanaman yang terdapat di halaman rumah bapa saudaranya. Oleh itu, dia sentiasa membaja dan menjaga keselamatan tanaman itu. Hilmi amat marah kepada kumbang yang suka merosakkan daun-daun pokok bunga ros.
- Dia tidak mempedulikan panas terik pukul tiga petang atau hujan lebat pada hari Sabtu dan Khamis kerana dia amat meminati muzik. Ketika jari-jari Hayati menekan mata-mata piano, jari-jari Hilmi menekan pahanya mengikut tekanan nada yang dibuat oleh Hayati.
- Tidak lama kemudian, Mohsin dan Hayati pulang. Mereka begitu gembira dan hal ini menyebabkan hati Hilmi semakin pedih. Daripada perbualan Hayati dengan ibunya, Hilmi mengetahui bahawa Mohsin dan Hayati pergi menonton wayang dan ceritanya amat melucukan.
BAB 4
- Walau bagaimanapun, Datuk Johari sanggup memaafkan Hilmi dengan syarat perbelanjaan Untuk membaiki piano itu dpotong daripada gaji Hilmi. Oleh itu, Hilmi bertaubat tidak akan menyentuh piano itu lagi.
No comments:
Post a Comment