Panduan:
ISU KENAIKAN HARGA MINYAK
- Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia.
- Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi,khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat
- Krisis minyak dan perbalahan negara-negara Asia Barat dengan Amerika Syarikat
- Harga barang meningkat - kos hidup meningkat
- rakyat hidup menderita
- Mencetuskan kesedaran baru untuk mengurangkan pergantungan terhadap bahan bakar fosil
LANGKAH PENJIMATAN
1. Pemanduan berhemat
- Pandu secara tenang dan perlahan. Pemanduan yang laju akan menyebabkan kereta melalui lebih rintangan angin - akan membazir petrol
- dapat mengurangkan kemalangan jalan raya
- Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
2. Merancang Perjalanan
- Kesesakan lalu lintas ataupun trafik akan menyebabkan kerugian minyak yang besar.
- Kita akan dapat lebih perbatuan dari setiap liter jika kita mengambil jalan yang kurang sesak walaupun jalan itu lebih panjang.
- Penggunaan minyak di jalan yang terlalu sesak akan menyebabkan dua kali ganda penggunaan minyak.
- Mengurangkan pemanasan global
3. Menggunakan pengangkutan awam
- Bilangan kenderaan dan penggunaan bahan bakar akan berkurang
- Lebih mesra alam
- Sistem pengangkutan awam di Sweden terancang sehingga orang awam terpaksa menggunakan pengangkutan awam
- Penggunaan bahan api yang begitu rendah di Sweden disebabkan cara hidup dan minda lestari rakyatnya.
4. Penggunaan minyak alternatif
- minyak kelapa sawit (minyak hitam)
- mudah diperoleh dan mesra alam
- merupakan pengeluar utama komoditi minyak kelapa sawit dunia
- boleh mengurangkan kebergantungan negara pada sumber minyak yang kini semakin berkurang
PERINGATAN: Gunakan teknik IMBAKUP + C (I=Isi, M=Mengapa, BA=Bagaimana, K=Kesan, U=Ungkapan Menarik, P=Penegas, C=Contoh)
No comments:
Post a Comment