Saturday, September 3, 2016

REVISI PRAPERCUBAAN SPM - NOVEL 6



SOALAN

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu situasi saspens yang ditimbulkan oleh penulis dan cara penulis menyelesaikan situasi tersebut dalam setiap novel. (8 markah)

JAWAPAN:

     Berdasarkan dua buah novel yang telah saya pelajari iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latib bin Talib dan novel Tirani karya Beb Sabariah, terdapat satu situasi saspens yang ditimbulkan oleh penulis dan cara penulis menyelesaikan situasi tersebut.

     Dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, situasi saspens yang ditimbulkan ialah situasi kehadiran tentera Jepun di Sungai Ramal, Kajang untuk mencari keluarga Leftenan Adnan sampai ke pengetahuan Pak Saidi. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Pak Saidi yang telah diarahkan untuk memasuki trak tentera Jepun. Penulis menyelesaikan situasi saspens dengan menunjukkan keberanian Pak Saidi yang sempat membunuh beberapa orang askar Jepun yang mengiringinya hanya dengan menggunakan keris sebelum beliau ditembak mati. Pak Saidi juga telah mencederakan 15 orang tentera Jepun yang lain.

      Dalam novel Tirani pula, situasi saspens yang ditimbulkan ialah situasi Fadhil yang memandu kereta dalam keadaan tangannya terketar-ketar dan tergopoh-gapah ketika membawa Waheeda yang mengalami pendarahan yang teruk pada wajahnya akibat dicakar dan digigit oleh monyet Belanda ke hospital. Pembaca ingin tahu dan tertanya-tanya sama ada Fadhil berjaya atau tidak mengawal pemanduannya dalam keadaan perasaannya yang tidak menentu itu dan perkembangan Waheeda yang dihantar ke wad kecemasan hospital. Penulis menyelesaikan situasi saspens dengan menunjukkan bahawa mereka tiba di hospital dengan selamat dan luka pada kulit pipi serta hidung Wahee itu berjaya dijahit dan dirawat oleh Dr. Zakaria

No comments:

Post a Comment