Saturday, August 29, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 14



PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDlRAN)

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Darl Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil marl diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Soalan berdasarkan petikan

(i)  Nyatakan dua perkara ganjil yang terdapat dalam pantun ini. [2M]
       Dua perkara ganjil:
- Ikan kering lagi ketawa
       - Tupal membaca kitab
       - Duduk termenung harimau tua
       - Kambing mencabut janggut
       - Ikan memanjat kayu 
       - Burung terbang disambar ikan

(ii)  Berikan maksud rangkap pertama pantun di atas. [2M]
-    Maksud: seseorang yang berwajah rupawan/jelita sahaja tidak memadai jika tidak pandai  memasak

*******************************************************************************************
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)

(i) Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu memilih isteri berdasarkan  
       kecantikan semata-mata? [3M]
       Pendapat:
-          kebahaglaan rumahtangga tldak kekal lama
-          urusan rumahtangga akan terabai
-          asuhan anak-anak tidak sempurna
-          suami diabaikan kerana asyik menjaga kecantikan sahaja

*******************************************************************************************
Soalan berdasarkan aspek komsas

(i)  Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam pantun ini.
        Nilai:
-       Kerajinan : Isteri yang rajin menguruskan rumah tangga lebih sempurna daripada isteri yang asyik menjaga kecantikan sahaja.
-          Kebijaksanaan : Kebijaksanaan penting dalam menilai sesuatu perkara yang aneh berlaku di sekelilingnya.
-          Nasihat-menasihati : Golongan wanita dinasihatkan supaya pandai memasak.
-         Merendah diri : Orang yang tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang dinasihatkan supaya merujuk kepada orang yang lebih arif.
-    Bertanggungjawab : Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
-          Kegigihan : Orang bawahan gigih berusaha untuk mencapai matlamatnya.
-    Rasional : Seseorang yang tidak rasional dalam melakukan sesuatu perkara akan ditertawakan oleh orang lain.

(ii)  Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
        Persoalan:
-        Kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita - Isteri yang cantik dianggap  tidak sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
-     Manusia memang lazim berhadapan dengan peristiwa luar biasa - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan serta ditertawakan orang sahaja
-      Kuasa manusia tidak kekal selama-lamanya - Orang gagah dan kuat akan kehilangan kuasanya juga
-     Kebimbangan terhadap keupayaan orang lain - Orang atasan berasa bimbang akan keupayaan orang bawahannya
-          Keupayaan orang lemah melakukan perkara yang mengagumkan - Perkara pelik apabila orang bawahan berupaya menjatuhkan orang atasan untuk mendapatkan kuasa        

(iii)  Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini? [4M]
  Pengajaran:
    Kaum wanita hendaklah menguasai pelbagai ilmu dalam menguruskan rumahtangga : Isteri yang cantik dianggap tidak sempurna jika dia tidak tahu membuat kerja-kerja di dapur
-   Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang jika ingin menunjukkan kepandaian agar tidak mendapat malu / dipandang rendah :   Sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya akan mendapat cemuhan serta ditertawakan orang sahaja
   Kita hendaklah menjauhi sikap suka memandang rendah terhadap orang yang lemah kerana mungkin suatu hari mereka akan mengatasi kita : Orang atasan berasa bimbang akan keupayaan orang bawahannya
      -     Kita hendaklah menghormati pihak lain walaupun mereka golongan rendah/     
            golongan bawahan : Perkara pelik apabila orang bawahan berupaya menjatuhkan orang 
            atasan untuk mendapatkan kuasa

No comments:

Post a Comment