Friday, August 21, 2015

REVISI KOMSAS SPM 2015 - SIRI 10



DRAMA 1400
Petikan 1
MAK SOM: (Kepada INTAN SIT! RAHlMAH) Pak Tuan dah berangkat balik.
PAK TUAN DOLAH: …
INTAN SITI RAHIMAH: …
PAK TUAN DOLAH:…
INTAN SITI RAHIMAH: …
PAK TUAN DOLAH:…
INTAN SITI RAHIMAH: …
PAK TUAN DOLAH: ….
INTAN SITI RAHIMAH: Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka. (m.s.257)

i    Nyatakan rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti 
     Rahimah kepada Pak Tuan Dolah. [2 m]
Rungutan orang-orang kampung yang disampaikan oleh Intan Siti Rahimah kepada Pak Tuan Dollah:
-     Kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai 
-     Anak-anak mereka sakit-sakit belaka

 ii  Sekiranya anda Pak Tuan Dolah, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar? [3 m]
Sekiranya saya ialah Pak Tuan Dolah, langkah-langkah SAYA untuk memastikan sungai itu tidak terus tercemar ialah:
-     Memindahkan kandang kuda jauh daripada sungai 
-     Membina sistem kumbahan yang lebih sistematik 
-     Memproses najis kuda menjadi baja organik
-     Mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berwajib 
-     Menukarkan bidang ternakan kepada bidang yang lain 
-     Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan sungai

iii Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 m]
Persoalan dalam petikan:
- Pencemaran sungai memberi kesan buruk kepada masyarakat dan membawa penyakit
Cth: Air sungai yang tercemar menyebabkan anak orang-orang kampung menghidapi penyakit.

-  Penindasan terhadap golongan yang lemah
Cth: Pak Tuan Dollah mahu orang kampung takut akan dirinya.

-  Rasa simpati terhadap golongan bawahan
Cth: Intan Siti Rahimah sedih melihat kesengsaraan hidup orang kampung.

Persoalan dalam keseluruhan drama
-  Kepincangan masyarakat yang memilih kepada orang yang berharta
Cth: Pak Tuan Dollah menggunakan wang untuk mempengaruhi penduduk kampung memilihnya sebagai wakil penduduk.

-  Kesedaran dan keinsafan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan.
Cth: Pak Tuan Dollah menyedari perbuatannya selama ini telah menyimpang daripada hukum Allah dan dia insaf serta mula mendekatkan diri kepada Allah.

-  Kepercayaan terhadap amalan syirik dan khurafat
Cth: Pak Tuan Dollah tergamak memindahkan jenazah ibunya dari kubur
ke bawah rumah untuk memastikan dia memperoleh kekayaan seperti yang diminta oleh bomoh

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 2
DOLAH                       :
Mengapa emak menangis, emak?
MAYAT IBU DOLAH:
……
DOLAH                       :
(Agak kehilangan akal pada mulanya tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunilah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
Kemudian, DOLAH membaca surah al-Falaq dengan suara yang nyaring….. (m.s.271)

i.     Mengapakah emak Dolah menangis? [2 m]
        Emak menangis:
-         Dolah mengebumikan emaknya di tempat yang kotor di bawah rumah
-         badan emaknya tidak reput
-         tanah bernajis

ii.    Pada pendapat anda, apakah peranan ibu dalam membentuk akhlak  terpuji anak-anak. [3 m]
            Peranan ibu:
-         memberikan pendidikan agama kepada anak-anak
-         memberi kasih sayang
-         menyediakan keperluan asas
-         membantu anak-anak menyelesaikan masalah
-         memantau pergerakan anak-anak.

iii.  Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai yang lain daripada keseluruhan drama itu. [4 m]
            
           Nilai dalam petikan:
-   kasih sayang
Cth:  Dolah sayang kepada ibunya

Nilai dalam keseluruhan drama:
-  ketaatan
Contoh: Siti Rahimah taat kepada arahan suaminya Dolah.

-   keinsafan
Contoh: Dolah insaf atas perbuatannya.

-   kesabaran
Contoh: Soud meminta Dolah agar bersabar dengan hinaan orang kampung

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 3
Romli: Itu betul, Pak Sudin……
Pak Sudin:….
Kamar:….
Pak Sudin:….
Leman: ….
Romli: ….
Kamar : ….
Leman : ….
Pak Sudin : ……
Romli : Mengapa dulu tak begini? (m.s.261)

i.        Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak di kampung          tersebut. [2m]
Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak kampung:
-         anak-anak sakit
-         menghidap penyakit yang bukan-bukan
-         mata anak Romli dan Pak Sudin tertangkup
-         ada anak yang lumpuh
-         ada anak yang pekak
-         ada anak yang tolol

ii.        Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk mencegah penyakit berjangkit merebak dalam kalangan masyarakat. [3m]
Usaha–usaha untuk mengelakkan penyakit berjangkit:
-          Sentiasa menjaga kebersihan diri.
-          Kerajaan mengetatkan kawalan di pintu masuk negara.
-         Menghapuskan haiwan atau serangga pembawa penyakit.
-          Menyuntik vaksin pada masyarakat awam, sebagai langkah pencegahan,
-          Melarang rakyat negara ini melawat negara yang ada penyakit berjangkit.
-          Kerajaan menganjurkan kempen kesedaran tentang bahaya penyakit berjangkit.

iii.    Huraikan satu pengajaran dalam petikan drama dan satu pengajaran lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4m]
Pengajaran dalam petikan:
-  Kita janganlah mencemarkan alam sekitar
Contoh: Tuan Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.

-  Kita janganlah mengabaikan kesihatan diri
Contoh: Banyak anak kampung / penduduk kampung menghidap penyakit akibat pencemaran alam sekitar yang berlaku di kampung tersebut.
                                              
 Pengajaran dalam keseluruhan drama:
-  Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal.
Contoh: Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.

-  Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin.
Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

-  Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah.
Contoh: Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.

-  Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan.
Contoh: Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.

-  Kita janganlah mencari kesenangan dan kemewahan dengan memperdaya orang lain.
Contoh: Abu Lahab dan isterinya hanya mementingkan kekayaan sahaja sehingga sanggup memujuk dan memperdaya orang kampung supaya menjual tanah kepada Dolah.

-  Kita hendaklah menyebarkan ilmu yang kita miliki kepada orang lain
Contoh: Intan Siti Rahimah ingin mengajar anak-anak orang kampung untuk berkongsi ilmu dengannya.

-  Kita janganlah mudah terpedaya dengan pujukan orang lain.
Contoh: Penduduk kampung menjual tanah mereka setelah dipujuk oleh Abu Lahab dan isterinya.

-  Kita janganlah mempercayai / terpengaruh dengan kepercayaan khurafat
Contohnya: Dolah menggunakan azimat yang diberikan oleh Tuk pawang dan khidmat Jin tanah untuk mendapatkan kekayaan

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan 4
INTAN SITI RAH\MAH: Siang tadi Intan ke surau….
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHMAH:
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH:
INTAN SITI RAHIMAH:
PAK TUAN DOLAH: Itu salah siapa? (m.s.257)

i.   Kemukakan dua sebab Pak Tuan Dolah melarang Intan Sit.i Rahimah ke surau. [2 m]
-         tidak mahu isterinya bergaul dengan orang miskin
-         tidak mahu orang kampung mengadukan masalah mereka kepada Intan Siti Rahimah

ii.      Berikan tiga kesan buruk apabila orang-orang kaya menjauhkan diri mereka  daripada orang miskin. [3 m]
-         menyebabkan masyarakat berpuak-puak
-         harta dan kekayaan yang diperoleh tidak dapat dikongsi bersama-sama
-         gagasan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang tidak tercapai

iii.      Huraikan satu nilai kemanusiaan berdasarkan petikan drama tersebut dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 m]
Nilai kemanusian dalam petikan:
-  keprihatinan
Contoh: Intan Siti Rahimah prihatin terhadap masalah orang kampung

Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:
-  keinsafan
                  Contoh: Wak Tuan Dolah akhirnya sedar akan kesalahnya terhadap penduduk 
                   kampung, ibunya dan Tuhan.

No comments:

Post a Comment