Friday, June 17, 2011

SUMBANGAN UNTUK MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN RAKYAT

SOALAN 5:

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis.
Sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.

Format : Tiada

Pendahuluan:

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi – kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa – remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita

Isi-isi:

(a) Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional – menyertai aktiviti dalam kelab tersebut – saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia – tak kenal maka tak cinta – menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita – warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi – di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

(b) Anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya – kita akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang banyak daripada amalan tersebut – kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut – anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur – pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial – warisan dan amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga – tidak menconteng arang di muka ibu bapa kita

(c) Golongan pelajar seperti saya sewajarnya memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional – pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya – memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan – pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional – bangga jika busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia – harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang

(d) Kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaan makanan tradisional – Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini – nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya – makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda

(e) Peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka – golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia – membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau – mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terus berkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita - menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka

Penutup:

Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan – arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar – warisan kita tanggungjawab kita – kita harus mengekalkan warisan nenek moyang kita –menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain – Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

1 comment:

  1. Saya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.

    Melabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),

    Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
    ,
    Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).

    Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com

    ReplyDelete