SOALAN 2:
Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Rumahku Syurgaku" untuk dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Format : Rencana
Pendahuluan:
Rumahku, syurgaku – menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang – keluarga bahagia – ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia – setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia
Isi-isi:
(a) Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”
(b) Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda.
(c) Ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
(d) Anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita? Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa.
(e) Ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Penutup:
Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia memerlukan banyak unsur juga seperti kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. Semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Keluarga bahagia dapat menjamin kemakmuran negara dan dapat menjana kemajuan negara.
Rumahku Syurgaku
ReplyDeleteWell done teacher
ReplyDeleteSaya telah melihat dan mencuba pelbagai strategi dan kaedah, sehingga saya kehilangan banyak wang ketika mencuba. Sehingga saya mengemukakan strategi baru ini yang saya jalankan semula dan berjaya mendapatkan kembali wang saya yang hilang dan masih membuat pertumbuhan yang konsisten di seluruh perdagangan saya. Carlos Ellison adalah profesional yang luar biasa, dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan mendalam mengenai perundingan pertanian, Dia membantu saya untuk mengambil penalti kewangan.
ReplyDeleteMelabur US $ 500 dan dapatkan AS $ 6000 seminggu (7 hari),
Melabur $ 1000 dan dapatkan $ 12000 seminggu (7 hari)
,
Melabur $ 2500 dan dapatkan $ 30,000 seminggu (7 hari).
Semua dalam keuntungan mingguan dan dijamin 100%. (Bayaran dijamin). Bebas untuk dihubungi - jika anda berminat melalui e-mel: carlose78910@gmail.com
التطاول والتفاخر با الله وبركاته مساء الخير
ReplyDelete