Sunday, April 11, 2010

TEMA NOVEL PAPA & BUKTINYA

TUGASAN 4WP SET 1 - Salin nota ini di dalam buku latihan


Tema:

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.


Buktinya:

1. Papa

Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

2. Mama


Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.


3. Julia


Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.

6 comments:

  1. siapa baca memang sedih tau yg last tu papa menaggis sebab mama dah meninggal dunia akhirnya kau tewas jua.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang best nyer papa die kawin lagi huhuhuhu..

      Delete
  2. novel ni menyaksikan pengorbanan yang besar dibuat oleh seorang isteri yang begitu menyayangi suaminya walaupun dia sudah tahu risiko yang bakal ditangggungnya..namun, suaminya tak mampu untuk menjadi setabah seorang isteri,buktinya dia tidak mampu untuk hidup seorang diri apabila isterinya koma dgn mgahwini ank muridnya sdr...

    ReplyDelete
  3. watak utama dia sesuai ju atau papa??

    kalau mengikut buku-buku rujukan ju sebagai watak utama...nama bagi saya papa merupakan watak utama kerana dia penggerak cerita...

    ReplyDelete
  4. Apa kah mak sod a khir nye ko ter te was ju a . . . ? ! @ # $ % ^ & *

    ReplyDelete
  5. no.. X menangis pown .. papa x sepatutnya kahwin lain, mama mati sebab dapat tahu papa kahwin dengan mak cik aisyah.. cte yang tragis dan menyesakkan jiwa,mama dah banyak berkorban namun pengorbanannya tidak dihargai. papa sepatutnya bersabar, sekiranya mama meninggal barulah dia wajar berkahwin.. memanglah papa memerlukan seseorang disisinya tapi tidak salah sekiranya papa bersabar untuk tempoh setahun . seandainya papa setia , menanti setahun tak ada apa baginya.. ntah r ..

    ReplyDelete