Sunday, November 1, 2015

RANGKA KARANGAN TERBUKA - KEDAH 2015



DIMENSI KELUARGA


SOALAN: 
Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun begitu kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini. 


Kehendak soalan:
  • Pelajar mesti menghuraikan saranan tentang peranan ahli keluarga bagi membanteras gejala penderaan kanak-kanak.
  • Institusi keluarga mestilah terdiri daripada ibu ,bapa, datuk, nenek, abang, kakak dan adik.(adik-beradik)
  • Jika pelajar menghuraikan peranan ibu bapa sahaja, maksimum peringkat kepujian bawah.

Cadangan isi:
  1. Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga – kasih sayang dijadikan kunci dan   matlamat membina sesebuah keluarga – mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh - Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim – kasih sayang dapat menghalang seseorang itu daripada menyakiti ahli keluarganya sama ada kesakitan berupa fizikal, mental atau emosi – lahir keluarga yang bahagia dan sakinah
  2. Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak – cubit paha kiri paha kanan terasa juga - tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus-menerus mendera – mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera – mencegah lebih baik daripada mengubati
  3. Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki menghayati  betul-betul kemahiran tersebut sebelum mendirikan rumah tangga. Ilmu meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil. 
  4. Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna – kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia daripada mudah dirasuk syaitan – agama merupakan senjata yang paling ampuh – tanpa agama kehidupan seseorang akan terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda - penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat. 
  5. Institusi keluarga perlu mengetahui bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak kecil – kehadiran anak kecil sebagai pengikat kasih sayang – setiap ahli keluarga perlu  memahami tanggungjawab masing-masing.

Kesimpulan : anak-anak perlu dijaga dengan baik – institusi keluarga membentuk masyarakat madani.

2 comments: