Monday, January 16, 2012

ISI & PERKEMBANGANNYA

* 4 jenis ayat
1. Ayat Isi (AI)
2. Ayat Huraian (AH)
3. Ayat Contoh (AC) termasuklah bukti / statistik dan huraiannya
4. Ayat Kesimpulan Isi (AKI)



AYAT ISI (AI) – APA ?


a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,
j) Seperkara lagi,
k) Jika kita tinjau / lihat / kaji dari perspektif / dimensi / sudut yang lain,

AYAT HURAIAN (AH) (MENGAPA & BAGAIMANA?)
a) Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apabila

AYAT CONTOH (AC) (APA / SIAPA / DI MANA?)
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Buktinya,... / Hal ini dapat dibuktikan...

AYAT KESIMPULAN ISI (AKI)
a) Sesungguhnya,
b) Jelaslah bahawa…
c) Tegasnya,
d) Jadi,
e) Dengan itu,
f) Oleh itu,
g) Justifikasinya,
h) Pendek kata,

Contoh menulis perenggan isi
(AI) Para ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. (AH1) Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak merupakan sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorak dan mewarnai kehidupannya supaya menjadi insan yang cemerlang kerana anak-anak semasa kecil mudah diajar dan dibentuk. (AH2) Minat membaca dalam setiap idiri anak-anak seharusnya dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. (AC1) Oleh itu, ibu bapa hendaklah mewujudkan suasana membaca di rumah dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dengan amalan membaca dengan mewujudkan sebuah perpustakaan mini di dalam rumah. (AC2) Selain itu, ibu bapa perlulah menyediakan jadual yang khusus untuk bersama-sama dengan anak-anak menelaah dan membaca buku. Hal ini sesuai dengan pendapat bahawa sikap anak-anak akan terjana dengan apa-apa elemen yang berada dalam persekitaran mereka. (AH3) Dengan ini, amalan membaca bukan sahaja sekadar hobi tetapi juga dapat mencari maklumat tentang sebarang perkara yang tidak diketahui juga. (AKI) Oleh itu, peranan ibu bapa amat signifikan dalam membudayakan amalan membaca dalam diri anak-anak.


No comments:

Post a Comment