Monday, January 31, 2011

KELUARGA BAHAGIA

SIAPAKAH KELUARGA KITA?
Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula.

KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA
1. Mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah – tidak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.
2. Wujud sikap tolak-ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga - sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku – kurang tekanan hidup
3. Dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidup
4. Negara lebih harmoni - jenayah semakin berkurangan
5. Negara lebih maju – banyak pelaburan asing

PUNCA KERETAKAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993)

1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak
2. Kurang bijak menguruskan masa - obses mencari harta duniawi – sibuk bekerja memenuhi tuntutan nafkah kehidupan – enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing 3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap - menghadapi tekanan hidup
4. Mengabaikan pendidikan agama
5. Campur tangan ahli keluarga - bukan untuk berdamai

LANGKAH MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

1. PERANAN IBU BAPA
- Memberikan didikan agama & moral yg teguh – Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– dapat membezakan hak dengan batil
- Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinangMencurahkan kasih sayang yang secukupnya – bagai menatang minyak yang penuh
- Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak – jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan - Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

2. PERANAN ANAK-ANAK
- menuruti ajaran ibu bapa
- harus belajar bersungguh-sungguh - mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
- memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
- mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit

3. PERANAN AHLI KELUARGA
- saling menghormati dan memahami
- bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
- Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

4. PERANAN SEKOLAH
- Menanamkan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran (rendah, menengah & IPT)
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Keegoan masih belum menebal – mudah ditegur dan dididik
- Nilai ini dapat dijadikan budaya hidup – alah bisa tegal biasa
- dapat diaplikasikan ketika melayari kehidupan berkeluarga

5. PERANAN KERAJAAN
- Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan berterusan tentang pentingnya sebuah keluarga yang bahagia
- Menyedarkan golongan ibu bapa
- Menganjurkan pelbagai program tentang kebahagiaan rumah tangga atau program yang menjurus ke arah kelahiran keluarga bahagia
- Mantan Perdana Menteri, PAK LAH – merasmikan kempen Keluarga Penyayang Aspirasi Negara

RUMAHKU SYURGAKU

ISU MAT REMPIT

APAKAH MAKSUD MAT REMPIT?

- Istilah rempit atau merempit dalam Kamus Dewan bermaksud, 'menyebat' atau 'menyesah' dengan menggunakan rotan dan lain-lain.

- 'Mat Rempit' dalam konteks masyarakat merujuk sekumpulan pelumba haram yang menjadikan jalan raya sebagai gelanggang untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran menunggang motosikal.

- Pihak polis - 'Mat Rempit' ini ialah pelumba haram kerana kegiatan yang dilakukan oleh mereka salah di sisi undang-undang negara dan boleh mendatangkan maut jika tersilap langkah.

Siapakah Mat Rempit?

- Rata-rata mereka yang terlibat dalam gejala ini terdiri daripada golongan remaja yang berumur antara 16 hingga 25 tahun

- Terdapat juga antara mereka yang masih di bawah umur serta tidak memiliki lesen motosikal

- 2006 - pihak berkenaan telah menahan sebanyak 268 orang remaja yang terbabit dalam kegiatan ini - menunjukkan sebanyak 175 orang yang ditahan melepasi usia 18 tahun, manakala 93 orang lagi ialah remaja yang masih di bawah umur

MENGAPAKAH MEREMPIT?

1. ingin memenuhi keperluan naluri individu terbabit yang ketagih kepada desakan adrenalin
- ketagihan ini jauh lebih kompleks daripada ketagihan dadah KERANA individu terbabit akan cenderung untuk melakukan perkara yang lebih berisiko
- Contohnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk menunjukkan aksi-aksi berbahaya seperti mencangkung di atas motosikal dan menunggang motosikal ala ‘superman’
- hanya untuk keseronokan dan menunjukkan kejantanan mereka

2. Kurang mendapat didikan agama dan kasih sayang
- ibu bapa kini asyik membanting tulang empat kerat dalam mencari nafkah hidup atau kemewahan hidup – alpa akan tanggungjawab hakiki mereka
- Pada peringkat umur antara 16 hingga 25 tahun, anak-anak perlu diberi perhatian yang sewajarnya
- Peringkat ini dikatakan peringkat yang kritikal - mereka masih tercari-cari identiti diri yang menyebabkan mereka sering terkeliru dalam menentukan hala tuju hidup yang sebenarnya
- kurang belaian dan kasih sayang - hala tuju hidup mereka akan tersasar kerana mereka tidak beroleh bimbingan daripada keluarga
- Mencari keseronokan bersama dengan kawan-kawan dengan merempit pada waktu malam
anak-anak yang kedangkalan kasih sayang daripada ibu bapa akan mendorong mereka terbabit dalam sebarang gejala negatif termasuklah gejala ‘mat rempit’

IMPAK MEREMPIT

MENGUNDANG PADAH KEPADA DIRINYA DAN ORANG LAIN
- Kata orang tua-tua, malang tidak berbau tetapi sebenarnya pelumba-pelumba haram ini sengaja menempah maut, ibarat tak ada beban batu digalas.
- mereka sanggup menerima apa-apa sahaja risiko - terbabit dalam nahas kemalangan sehingga ada yang terkorban atau cedera parah dan kemudian menjadi cacat atau lumpuh seumur hidup.
- boleh menghancurkan masa depan mereka dan menyusahkan ibu bapa atau penjaga mereka
- turut memperjudikan nyawa orang awam yang tidak berdosa termasuklah anggota polis yang bertugas membuat sekatan jalan raya dirempuh sehingga cedera parah

LANGKAH

1. Kementerian Belia dan Sukan

- melancarkan Program Sukan Malam - golongan remaja dapat memanfaatkan masa malam mereka dengan kegiatan sukan lasak yang digemari seperti go-kart dan perlumbaan motor di litar yang sah
- lebih selamat
- mengadakan kempen katakan 'Tak Nak Kepada Lumba Haram‘ perlu disokong oleh semua pihak termasuklah para remaja yang sudah insaf tampil ke depan bersama-sama berjuang untuk menyedarkan rakan-rakan mereka yang telah jauh terpesong

2. Peranan ibu bapa
- perlu memantau pergerakan anak-anak mereka, di samping mengesan sebarang perubahan tingkah laku yang wujud sekiranya mereka terbabit dalam sebarang gejala negatif
- anak-anak ibarat rebung yang masih boleh dilenturkan. Jikalau sudah menjadi buluh tentulah sukar untuk dilenturkan, malah mungkin akan patah.
- didikan agama dan moral perlu disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya dapat menjadi benteng kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran dan godaan dalam hidup

Marilah kita buang sikap apati dan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Wednesday, January 19, 2011

SEMANGAT PATRIOTISME

TUGASAN 5MC(3), 5KL(2) & 5WP(1)

PUNCA LUNTUR SEMANGAT PATRIOTISME
1. Kurang kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme pada masa hadapan
2. Lebih mementingkan kekayaan hidup daripada menitikberatkan semangat patriotisme
3. Terlalu mengagungkan ideologi Barat
4. Kurang menekankan semangat patriotik di sekolah – pendidikan berorientasikan peperiksaan
5. Kempen kesedaran yang kurang berkesan - bermusim dan hangat-hangat tahi ayam

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Dapat memastikan kemerdekaan negara terpelihara
2. Dapat membentuk identiti negara dengan bebas
3. Dapat menikmati kemajuan negara
4. Dapat menjamin keharmonian negara
5. Dapat mengekalkan perpaduan nasional

LANGKAH PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTISME
1. Peranan ibu bapa – mempraktikkan semangat patriotisme untuk diteladani oleh anak-anak
2. Kempen berterusan dan efektif daripada kerajaan dan badan swasta
3. Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
4. Mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan semangat patriotisme di sekolah
5. Penekanan diberikan kepada kepentingan mempelajari sejarah negara

Tugasan – Ciri-ciri Rakyat yang Mencintai Negara
1. Menghormati Lagu Negaraku
2. Mendukung Prinsip Rukun Negara
3. Mengamalkan Perpaduan

RANGKA KARANGAN:

Pendahuluan:

  • Pepatah Arab - cinta akan watan itu adalah sebahagian daripada iman (AR)
  • tanah air adalah sesuatu yang amat besar maknanya kepada sesuatu bangsa (AR)
  • Setiap rakyat perlulah memiliki ciri-ciri untuk menggalas tugas yang amat besar - memberikan taat setia dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap negara (AA)

Isi-isi:

Isi 1: Menghormati Lagu Negaraku (AI)

  • Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan - melambangkan kebanggaan dan kedaulatan sesebuah negara itu (AH)
  • Malaysia terkenal dengan lagu Negaraku (AH)
  • Kaya dengan prinsip dan doktrin penting untuk memupuk semangat patriotisme (AH)
  • Meminjam kata mantan Presiden Amerika Syarikat, JF Kennedy, iaitu “Usahlah disoal apakah sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada negara?”
  • Berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan sebagai tanda hormat (AC)
  • Sebagai rakyat yang telah banyak termakan budi kepada negara, kita sepatutnya menujukkan taat setia kepada negara dengan menghormati lagu kebangsaan (AKI)


Isi 2: Mendukung Prinsip Rukun Negara (AI)

  • Membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu (AH)
  • Malaysia melalui kebijaksanaan para pemimpinnya telah melakarkan suatu garis panduan iaitu Rukun Negara (AH)
  • Menjadi tonggak panduan untuk rakyat (AH)
  • Sebagai negara yang berpaksikan ideologi demokrasi, hak dan kebebasan rakyat hendaklah dihormati - perlu sensitif terhadap kepentingan dan nilai perasaan orang lain seperti kata peribahasa, hukum orang memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak
    (AH)
  • Contohnya - Malaysia mengamalkan sistem beraja yang sentiasa dijadikan tonggak perpaduan - rakyat Malaysia perlu menghormati raja (AC)
  • setiap rakyat perlulah lebih sensitif dan sentiasa menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka (AKI)

Isi 3: Mengamalkan Perpaduan (AI)

  • merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kemajuan negara (AH)
  • mempunyai rakyat yang berbilang kaum - berusaha untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan semangat perpaduan dari generasi ke generasi (AH)
  • Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur dalam amalan beragama. (AH)
  • dapat dipupuk melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka – mengeratkan hubungan silaturahim di samping dapat memupuk perpaduan tanpa mengira darah dan warna kulit (AC)
  • perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara. (AKI)

PENUTUP

  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - ungkapan penting untuk menanamkan semangat sayang dan cinta akan negara (AR)
  • Ahli falsafah ada menyatakan bahawa paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia. (AR)
  • haruslah menanamkan semangat cinta akan negara yang mendalam (ACdgn)
    masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh dan maruah negara akan gah di seantero dunia. (AHrpn)

Tugasan ini mesti dihantar pada hari Isnin (24 Januari 2011)

SELAMAT MENGARANG